berita

Jaclyn Victor Lancarkan Single Terbaru, “Jagalah Diri”

July 13th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Selepas menerima sambutan yang sangat baik menerusi lagu “Sebelah Jiwaku” yang kini hangat diputarkan di corong radio, Jaclyn Victor sekali lagi membuat kemunculan bersama single terbarunya yang berjudul “Jagalah Diri”.

“Jagalah Diri” merupakan sebuah lagu hasil sentuhan berbisa Edry Abdul Halim. Lagu yang berirama ballad ini dilihat memerlukan seorang penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal bernada tinggi dan Jac sudah pastinya mempunyai kredibiliti dan amat sinonim dengan ciri-ciri yang diperlukan. Lagu-lagu sebegini bak ‘makanan’ kepada bekas Juara Malaysia Idol ini.

Single kedua “Jagalah Diri” ini juga merupakan lagu tema kepada filem Stereoscopic 3D (S3D) Malaysia yang pertama yang berjudul “29 Februari”. “29 Februari” adalah sebuah filem di bawah arahan Edry Abdul Halim yang bergenre “biografi fantasi” dan bakal muncul diseluruh pawagam tanah air pada 30 Ogos 2012.

“Jagalah Diri” lebih mengisahkan tentang apabila kehilangan orang tersayang, tangisan dan kesedihan tidak akan mengubah keadaan. Lagu ini bersifat ‘keakuran’ dengan ujian takdir bagi mereka yang terpisah selamanya-lamanya. Lagu yang berskala besar ini dilihat amat berpotensi dan mampu meneruskan kejayaan seperti yang pernah diraih melalui “Sedetik Lebih”, lagu tema kepada filem epik aksi Hikayat Merong Mahawangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari klip video “Jagalah Diri” di You Tube, , dan Facebook “29 Februari”.

SKIP THIS AD ×