Usahawan terkenal Dato’ Seri Vida mencetuskan rasa kurang senang apabila mengatakan golongan artis yang sudah tidak muncul di kaca TV sebagai ‘sendu’. Tambahnya lagi, ‘sendu’ yang dimaksudkan adalah apabila artis sudah tidak lagi berada di zaman kegemilangannya.
Seolah memberi respon kepada kenyataan itu, aktres Diana Danielle meluahkan pandangannya berkenaan kenyataan Vida itu menerusi IG storynya.
Jadi bidan terjun untuk lakukan produk sendu
Menurut Diana, siapa yang sebenarnya ‘sendu’ adalah individu yang memakai baju beropol dengan trademark ‘muah’ ke serata tempat. Tambahnya, semua benda ingin dicuba individu tersebut antaranya menyanyi, berlakon dan mengacara. Semuanya dilakukan kerana ingin mempromosikan produknya.
Yang sebenarnya sendu adalah anda yang kalau tak pakai baju ropol keliling dunia, muah sana muah sini, dengan kontroversi entah apa-apa, semua jadi bidan terjun nak menyanyi nak host nak berlakon, semata-mata nak jual produk sendumu. Ada hati nak panggil orang sendu.
Mengata dulang paku serpih
Ujarnya lagi, individu dimaksudkan turut mencari-cari program untuk ditaja sekaligus mempromosikan produk jualan bagi memastikan jualan laris dan diterima ramai. Dia turut mempersoal kenapa perlu menggunakan artis yang dilabel sendu itu, keadaan ini seperti peribahasa mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
Tanpa program-program yang anda sendiri tercari-cari nak sponsor pun anda nak promote produkmu di mana? Kenapa tak promote dekat Awani ke RTM?
Kenapa perlu gunakan artis-artis yang mu cakap sendu dingin tu. A pot calling a kettle black.
Isu artis sendu bermula apabila Vida mengatakan dia hanya menolong artis sendu kembali dikenali menerusi satu program realiti. Sebelum ini, juara Gegar Vaganza musim keempat menuntut Vida menggantikan hadiah rantai kerana didakwa nilai barang kemas itu palsu dan tidak mencecah RM80k seperti didakwa usahawan itu.
Sumber: Diana Danielle