Sejak kebelakangan ini, topik berkaitan pedofilia dilihat telah menjadi perbualan hangat netizen di media sosial. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini sering melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap kanak-kanak semata-mata mahu memuaskan nafsu mereka.
Tetapi lain pula yang jadinya apabila beberapa orang pengguna Twitter telah tampil dan berkongsi pengalaman ‘hitam’ mereka yang pernah menjadi mangsa pedofilia.
‘Kantoi dengan bini sendiri’
Seorang pengguna Twitter, OwToTheZie ada berkongsi tweet berkaitan satu drama yang berjudul ‘Ku petik Dosa’. Difahamkan, drama tersebut berceritakan tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan telah menjadi mangsa pedofilia jirannya. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian adalah respon yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan komen.
Luahan mangsa pedophilia
Bermula daripada tweet tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang juga merupakan mangsa pedofilia mula ‘membuka cerita’ dengan berkongsi titik hitam yang pernah dilalui mereka. Mereka menceritakan secara terperinci apa yang pernah dilakukan oleh individu tidak berperikemanusiaan ini.
‘Dia berani buka seluar..’
Jadi mangsa Pak Ustaz
Menurut mangsa-mangsa ini, mereka mengakui telah menjadi mangsa pedofilia oleh darah daging sendiri termasuk abang dan bapa sendiri. Malah, mereka yang berstatus ‘ustaz’ juga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap para pelajar yang datang mengaji. Mangsa yang masih kecil pada ketika itu langsung tidak faham apa yang berlaku dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Mangsa berusia 4 hingga 6 tahun
Jadi mangsa abang kandung
Sumber: OwToTheZie