berita

Jadi Superhero Anak-Anak Korang Dengan Simpan SSPN!

October 20th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Bila dah bergelar ibu bapa ni, anak-anak mestilah menjadi keutamaan dan kita perlu sentiasa mengambil hati mereka. Kadang-kadang nak gembirakan mereka ni tak susah pun, kena selalu luangkan masa berkualiti bersama, ambil tahu tentang perkembangan mereka dan luahkan ucapan sayang setiap hari.

Yelah, ibu bapa mana yang tak mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka kan. 

Nak membesarkan anak-anak zaman sekarang memang bukan mudah, tanggung jawabnya sangat besar dan semestinya mencabar.

Tambah-tambah bila fikirkan tentang pendidikan anak-anak, kena buat persediaan seawal dan serapi yang mungkin demi memastikan masa depan mereka terjamin tanpa terhimpit dengan bebanan kewangan.

Kalau korang belum ada simpanan untuk anak-anak, masih belum terlambat untuk korang mulakannya sekarang. Inilah masanya untuk korang jadi superhero sebenar buat anak-anak dengan memulakan tabungan dalam Simpan SSPN!

Sempena dengan Sambutan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023. 

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor. Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN.

Ia bertujuan untuk memastikan setiap ibu bapa menjadi adiwira atau ‘superhero’ kepada anak-anak dengan mempunyai perancangan kewangan untuk pendidikan tinggi anak-anak sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman.

Untuk pengetahuan korang, (BMS) 2023 merupakan program signature PTPTN dalam memartabatkan amalan penabungan dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.

Selari dengan agenda pendigitalan PTPTN yang memberi fokus kepada usaha menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN kepada para peminjam dan pendeposit Simpan SSPN untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat, konsep BMS 2023 tahun ini amat signifikan kerana sains dan teknologi robot berkait rapat dengan kemajuan dan memerlukan pengetahuan tentang teknologi terkini.

Bertemakan “Robotik : Ke arah Transformasi Dunia Pendigitalan” dengan mengekalkan tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda, BMS 2023 menyediakan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Simpan SSPN Got Talent, , Pertandingan Robotik Simpan SSPN (Inovasi), Happy Hour, Jenga Family Competition Simpan SSPN, Passport BMS, Kuiz Kahoot! Simpan SSPN dan banyak lagi.

Lebih menarik, BMS 2023 turut mencipta kelainan dari tahun sebelumnya apabila buat julung kalinya ia dilaksanakan menerusi konsep jelajah (road tour) merentasi 14 negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia sepanjang bulan Oktober 2023.

Paling dinanti-nantikan mestilah Cabutan BMS 2023 yang menawarkan wang tunai berjumlah RM75,000 kepada seramai 66 pemenang dan yang paling best PTPTN juga turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! yang merupakan kempen tahunan iaitu Cabutan Siri WOW! Superheroes dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM50,000 disediakan untuk 23 orang pemenang. Apa tunggu lagi korang, ayuh sama-sama kita meriahkan lagi BMS 2023.

Haa..siapa tahu mungkin korang antara pemenang yang dicari! 

Simpan SSPN juga menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan simpanan dijamin Kerajaan.

PTPTN akan terus komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus menabung di dalam Simpan SSPN bagi mengelakkan kebergantungan kepada pinjaman.

PTPTN yakin usaha ini akan disokong oleh semua pihak bagi merealisasikan visi PTPTN sebagai ‘Peneraju Tabung Pendidikan Tinggi Negara’.

Jadi, buat ibu bapa semua, tiada istilah terlewat untuk memulakan simpanan untuk masa depan anak-anak, jom jadi superhero anak-anak dengan menabung di Simpan SSPN.

Untuk maklumat lanjut berkenaan BMS 2023, sila layari laman web PTPTN atau muat turun aplikasi myPTPTN di SINI.

SKIP THIS AD ×