berita

Jadikan Ramadan Ini Lebih Bermakna Dengan Menyumbang Serendah RM10 untuk Palestin, Syria & Yaman

April 13th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Pejam celik, Ramadan pun dah menjelma. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu bulan yang penuh keberkatan ni kan? Haa..masa nilah kita dapat lihat ramai yang ambil peluang untuk melakukan sebanyak mungkin amal dan kebaikan, maklumlah bulan puasa ni pahala berganda-ganda!

Selain berpuasa, Ramadan juga mengajar kita untuk sentiasa membantu dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Cakap pasal berkongsi, nak tak kalau kami kongsikan satu platform iaitu Aman Palestin di mana korang boleh membantu sambil menderma kepada saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman?

Nak tahu macam mana? Jom baca dulu!

Sambut Ramadan dengan lebih bermakna bersama Palestin, Syria dan Yaman!

Kalau korang nak tahu, Aman Palestin adalah satu organisasi bukan kerajaan (NGO) yang sejak bertahun-tahun lamanya memberi bantuan keperluan harian kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman yang serba kekurangan lebih-lebih lagi ketika menjalani ibadah puasa.

Tahun ini, Aman Palestin telah menganjurkan Kempen Ramadan Bersama iaitu sebuah kempen bantuan bagi menyediakan ruang dan peluang kepada umat Islam untuk beramal dengan amalan terbaik khususnya dalam bulan Ramadan.

Selain itu, inisiatif Aman Palestin juga adalah untuk membantu golongan yang terkesan dengan menyalurkan sumbangan agar dapat meringankan beban dan menerbitkan rasa kegembiraan dalam jiwa mereka dengan datangnya bantuan daripada umat Islam.

Jom salurkan sumbangan anda seikhlas hati!

Haa..di bawah kempen Ramadan Bersama Palestin, Syria dan Yaman ni, terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan untuk korang menyumbang melalui Aman Palestin.

Jangan risau kalau korang tak mampu menyumbang banyak kerana terdapat pakej serendah RM10 disediakan. Agihan bantuan juga akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal, keluarga miskin, anak yatim, penduduk di Gaza dan sekitar Masjid Al-Aqsa serta mereka yang turut terjejas di Syria dan Yaman.

Ini antara pakej-pakej sumbangan yang ditawarkan:

Tajaan Iftar – RM50

Tajaan Iftar adalah bantuan makanan untuk berbuka puasa kepada golongan yang terputus bekalan makanan.

Hadiah Raya – RM150

Pakej ini adalah bantuan untuk anak yatim membeli keperluan dan kelengkapan untuk menyambut Hari raya.

Tabung Ramadan Kareem – RM10

Tabung Ramadan Kareem ialah bantuan berupa kotak makanan yang akan diagihkan kepada penduduk di Palestin, Syria dan Yaman.

Cabaran Sedekah Subuh – RM300

Pakej ini adalah bantuan yang akan diberikan kepada ibu tunggal yang tidak berkemampuan dan perlu menanggung keperluan keluarga sendirian.

Pahala 100 Bulan – RM500

Pakej ini memfokuskan kepada projek Baik Pulih Masjidil Aqsa dan rumah sekitarnya yang telah diserang pada Ramadan tahun lalu.

Untuk pengetahuan korang, Kempen Ramadan Bersama tahun 2022 masih lagi dibuka untuk sumbangan sehingga 15 Mei 2022 ini. Jadi ayuh sama-sama kita ambil peluang ini untuk berkongsi rezeki buat saudara seislam kita di Palestin, Syria dan Yaman!

Kemeriahan Ramadan buat mereka, kebahagiaan kita di akhirat kelak!

Untuk menyumbang, korang boleh layari laman web Aman Palestin serta laman Facebook dan Twitter mereka untuk maklumat lanjut.

SKIP THIS AD ×