berita

Jadikan Seluar Dalam Wanita Sebagai Pelitup Muka, Penumpang Dihalau Dari Pesawat

December 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Mail

Gara-gara memakai seluar dalam wanita untuk dijadikan sebagai pelitup muka, seorang penumpang dihalau dari sebuah penerbangan di Florida, Miami.

Seluar dalam wanita jadikan mask

Foto: Daily Mail

Memetik laporan Mirror UK, lelaki terbabit yang dikenali dengan nama Adam Jenne dihalau kerana tidak mematuhi peraturan Covid-19 yang telah ditetapkan antaranya ialah setiap penumpang diarahkan memakai pelitup muka semasa di dalam penerbangan. Difahamkan, sebelum ini juga Adam Jenne pernah dihalau keluar dari penerbangan Delta Airlines kerana melakukan perkara yang sama.

Awak perlu turun dari penerbangan ini. Awak tidak dibenarkan melancong kerana awak tidak mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka ketika di dalam pesawat.

Bercerita dengan lebih lanjut, Adam Jenne yang berusia 38 tahun ini mengaku dia sengaja melakukan perkara tersebut untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa pemakaian pelitup muka di dalam penerbangan adalah satu tindakan yang ‘tidak masuk akal’. Hal ini kerana, para penumpang dibenarkan membuka pelitup muka tersebut semasa makan ataupun minum di dalam pesawat.

Tidak lama selepas itu, Adam Jenne akhirnya keluar dari pesawat berkenaan. Difahamkan juga, beberapa penumpang lain turut beredar dari pesawat berkenaan sebagai tanda sokongan mereka buat Adam Jenne.

Sumber: Mirror UK, Daily Mail

SKIP THIS AD ×