berita

JAECOO Semakin Mendapat Perhatian-SUV Segmen C Ni Lebih Lasak, Lebih Mengagumkan!

March 21st, 2024 | by Azyan
Kini Trending

JAECOO

Pasaran SUV Segmen-C kini sedang berkembang pesat dengan kemunculan pelbagai pilihan yang berdaya saing, baik kenderaan asas permulaan (entry level) mahupun pilihan premium.

Salah satu pesaing dalam segmen ini ialah jenama SUV kegunaan lasak premium, JAECOO, yang bertekad memanfaatkan potensi semakin ramai golongan elit bandar Malaysia yang berminat dalam pengembaraan off-road atau aktiviti jalan lasak.  

“JAECOO semakin mendapat perhatian di Malaysia.”

JAECOO

Menurut Presiden JAECOO Malaysia, Leo Chen, jenama JAECOO memenuhi kehendak golongan peneraju di Malaysia yang sedang meningkat naik dalam kerjaya dan menggemari gaya hidup aktif.

Kenderaan ini yang berjaya mengharungi pelbagai jenis permukaan jalan serta pengalaman pemanduan lasak yang mengagumkan sememangnya pengalaman yang dijanjikan kepada para pengguna!

JAECOO berada pada kedudukan kukuh untuk menjadi pencabar utama dalam segmen pasaran SUV C

JAECOO

Selain itu,  Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, berkata “Pelancaran JAECOO tepat pada masanya seiring permintaan yang semakin bertambah bagi SUV di Malaysia. Kami percaya JAECOO berada pada kedudukan kukuh untuk menjadi pencabar utama dalam segmen pasaran SUV C, berasaskan sambutan positif yang ditunjukkan oleh bakal pelanggan.” 

Hasil Tinjauan Selidik Permintaan Automotif Global Nielsen menunjukan, kelas pertengahan yang semakin meningkat bakal memacu permintaan automotif di Malaysia.

Kini, sedekad selepas laporan tersebut diterbitkan, Malaysia terus melihat pertumbuhan kelas pertengahan, dengan pendapatan boleh guna yang semakin tinggi, satu trend yang dilihat di seluruh rantau ASEAN menurut Laporan Pelaburan ASEAN 2023.

JAECCO menetapkan sasaran kelas pertengahan yang semakin besar ini, yang terlibat dalam perkembangan pantas ekonomi digital dan menunjukkan semangat keusahawanan. 

J7- SUV kegunaan lasak premium di perkenalkan

JAECOO akan memperkenalkan J7, iaitu SUV kegunaan lasak premium, dalam pelancaran sulung yang dijadualkan pada separuh pertama 2024.

JAECOO

Reka bentuk J7, yang kini dipamerkan untuk tatapan orang ramai di bilik pameran, melambangkan semangat pengembaraan dan daya ketahanan, digabungkan dengan gaya serba canggih seperti yang dilihat daripada pemegang pintu mirip kapal perang, penukar gear berilhamkan jet pejuang dan gril “air terjun” turus yang tersendiri. 

Membawakan tahap keselamatan tinggi dengan teknologi pintar berpandangan jauh, JAECOO melengkapkan J7 dengan 21 fungsi pemanduan pintar menerusi Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) kenderaan.

Antaranya termasuk:

  • Paparan kepala cermin depan (W-HUD) dengan kamera pemuka hadapan terbina dalam,
  • 64 lampu ambien,
  • Pengecasan tanpa wayar 50W lengkap dengan penyejuk 

Serta pelbagai keselesaan moden lain bagi memastikan pemandu bukan sahaja dibekalkan dengan tahap keselamatan tertinggi tetapi juga keselesaan mewah.

Korang boleh datang untuk lihat sendiri J7 ni tau!

JAECOO

Orang ramai dijemput untuk melihat sendiri J7 di pusat JAECOO Premiere Experience dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam di lokasi-lokasi berikut: 

  • Desa Park City, K.L: 7 hingga 17 Mac 2024
  • Pavilion Bukit Jalil, K.L: 19 hingga 23 Mac 2024
  • One Utama, P.J: 10 hingga 14 April 2024
  • Mid Valley, K.L: 25 hingga 28 April 2024
  • Paradigm Mall, JB: 15 hingga 19 Mei 2024

Untuk butiran lanjut, sila layari www.jaecoo.com.my dan ikuti platform media sosial JAECOO Malaysia. 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×