Nampaknya isu melibatkan pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal masih belum menemui titik nokhtah apabila viral notis Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mengarahkan semua program ceramah dan kuliah membabitkan dirinya di seluruh Selangor ditangguhkan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Mohon Maaf Isu Jawapan Mengelirukan Mengenai Berpuasa Di Hari Tasyrik – ‘Semoga Allah Mengampuni Dosa Kita Semua’
Artikel Berkaitan: Ustaz Don Berterima Kasih & Hargai Segala Teguran – ‘Semoga Allah Merahmati & Memberkati’
Surat viral di media sosial
Menerusi surat bertarikh 21 Jun itu, ceramah atau kuliah daripada Ustaz Don membabitkan semua agensi dan institusi masjid, surau serta musala di negeri Selangor hendaklah ditangguhkan.
Surat ditandatangani Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad itu memaklumkan, penangguhan tersebut melibatkan semua program yang telah pun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.
Sebarang perubahan berkaitan penangguhan ini akan dimaklumkan semula.
Sementara itu, rata-rata pengamal media berusaha untuk mendapatkan kenyataan Don dan pengesahan daripada Mohd Shahzihan berhubung surat viral berkenaan. Sebarang berita terkini dan perubahan akan dikemaskini di halaman ini.
Terdahulu, media melaporkan RTM menamatkan khidmat Ustaz Don sebagai pengacara program Salam Baitullah selepas beliau mengulangi perbuatan ingkar arahan penerbit dan tidak patuh skrip.
Ujar Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman, sebagai pengacara, Ustaz Don sepatutnya patuh kepada skrip dan tidak memetik mana-mana kitab atau hadis ketika bersiaran.
Oleh sebab itu, Don tidak dibenarkan memberikan ceramah dan kuliah agama di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Selangor.
Sumber: Sinar Harian