berita

Jalan Kaki Dari Ipoh Ke Kuantan Ingin Kutip Hutang RM6k, Pakcik Ini Sanggup Gadai Handphone Demi Tampung Perjalanan

March 7th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Masihkah anda kisah seorang pak cik bernama Majid pernah tular kerana telah ‘menapak’ dari Kuantan ke Shah Alam? Pakcik Majid berjalan kaki dari Kuantan ke Stadium Shah Alam sebagai melunaskan nazarnya jika Pahang menang Piala Malaysia.

Baru-baru ini, Pakcik Majid masih berjuang hidup dari Ipoh ke Kuantan bagi memungut hutang sebanyak RM 6,000 dari kenalannya. Kisah Pakcik Majid ini dikongsi pengguna Twitter, Zhantaha, bersimpati dengan perjuangan seorang tua yang tidak berbekalkan sebarang duit untuk ke Kuantan. Ikuti perkongsian ini dan anda akan tahu betapa pentingnya seseorang itu untuk melangsaikan hutang.

Hutang Rm 6 ribu

Dikhabarkan Pakcik Majid dari Ipoh untuk ke Kuantan bagi mengutip hutang sebanyak Rm 6 ribu seperti tarikh dan masa yang dijanjikan penghutang. Malah, nasibnya malang apabila si penghutang ‘hilangkan diri’. Hanya berbekalkan Rm7 tunai dan dia telah menjual handphone Nokia dengan harga Rm 50 untuk beli tiket bas ke sana.

Tak makan

Pada mulanya, lelaki ini juga takut untuk mempercayai orang tua yang tidak dikenali. Maklumlah, kita pun tak boleh cepat percayakan orang. Takut pula diri kita ditimpa musibah.

Doakan pakcik ye…

Pakcik Majid hidup sebatang kara sejak umur 9 tahun lagi, tidak berkeluarga. Malah, penduduk kampung di Kuantan juga pernah memulau kerana bernazar jalan kaki ke seluruh negeri semenanjung bagi mendapatkan sumber kewangan orang ramai. Oleh sebab itu, dia berpindah ke Ipoh kerana merajuk dengan kata-kata orang kampung.

Pulang semula

Tiba sahaja di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), dia segera berjalan meninggalkan perkalangan hentian bas sebab dia perlu cari bas untuk pulang semula ke Ipoh.

Sayu hati…

Sayu hati tengok keletihan yang dipancar pada wajah Pakcik Majid.

Wajib bayar hutang

Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri. (HR. Ibnu Majah)

Credit: Zhantaha

SKIP THIS AD ×