berita

Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ni Kongsi Kisah Menarik Mereka!

August 1st, 2019 | by Mastura
Kesihatan & Hidup Aktif

Siapa je tak mengimpikan badan yang ideal dan sihat. Ramai di luar sana yang sanggup buat macam-macam cara untuk kurus sehingga ada yang menjejaskan kesihatan.

Tapi korang tau tak sebenarnya tak susah pon nak kurus dan sihat ni, yang penting korang mestilah seorang yang bersabar dan KONSISTEN. Bukan sehari bersenam dah boleh kurus tau. Ni kami nak share dengan korang pengalaman dua orang writer yang menyahut cabaran berjalan setiap hari dan bagaimana aktiviti tu bantu mereka turunkan berat badan dan kekal sihat!

“Saya tak sangka jalan pon boleh turun berat”-Mastura

Mastura dan Asyraf dua orang writer yang mempunyai aktiviti harian yang berbeza tapi persamaan mereka ialah bekerja di pejabat dan sukar mencari masa untuk membuat aktiviti mengeluarkan peluh.Cabaran mereka ialah berjalan 10,000 langkah sehari.

Kalau korang nak tau berjalan 10,000 ribu langkah ni bersamaan dengan 6.5 kilometer dan daripada aktivti berjalan ni je korang boleh membakar 380 kalori (sekeping roti canai).

Mastura kata dia siap turun berat badan kot walaupun berjalan je, apa agaknya aktiviti yang dia dan Asyraf buat dengan jalan kaki ni?

[Hari Pertama] Isnin, 15 Julai 2019

Mastura: Aktiviti harian saya ialah setiap hari berjalan ke pejabat dan purata aktiviti jalan kaki sehari saya ialah 5,000 langkah. Jadi sebab saya sahut cabaran ni, saya kenalah tambah langkah saya dengan jalan kaki sekeliling kawasan Uptown. Hasil akhir saya 9,921 untuk hari pertama. Okaylah.

Asyraf: Saya setiap hari ke pejabat dengan motor, so saya memang tak banyak jalan kaki. Saya pergi ke Curve saja je nak jalan lebih sikit. Yelah, kalau masuk mall ni, kena jalan-jalan pusing tengok barang. Tak sangka pula saya dapat 10, 670 langkah hanya dengan jalan dalam mall je.

[Hari Kedua] Selasa, 16 Julai 2019

Asyraf: Saya ni orang Shah Alam, tapi I-City pon jarang pergi. So, hari ni saya jalan-jalan la kat I-City, kawasan ni boleh tahan besar siap ada laluan pejalan kaki pergi mall. Kat I-City je, saya berjaya dapat 10,767 langkah.

Mastura: Hari kedua saya buat aktivti mingguan iaitu beli barang rumah, tak sangka jalan-jalan pusing pasaraya cari barang keperluan pon boleh capai 10,837 langkah. Saya tak sangka pula selama ni saya banyak berjalan dalam tu.

[Hari Ketiga] Rabu, 17 Julai 2019

Mastura: Habis office hour selalunya saya terus balik rumah, tapi hari ni saya singgah taman permainan dan jalan-jalan di laluan yang disediakan sambil feeling-feeling dengar lagu. Tup-tup tengok dah 11,439 langkah saya lakukan. Wow!

Asyraf: Aktiviti wajib saya setiap Rabu ialah pergi ke pasar malam Saujana Utama, Shah Alam. Dah la besar pasar malam ni pusing-pusing pilih makanan je saya dapat 10,511 langkah. Macam tak percaya pula.

Jalan banyak tapi kaki tak sakit pon…

Dah hari ketiga cabaran. kami okay je berjalan ni. Selalunya kalau jalan banyak-banyak ni mesti sakit kaki. Nampaknya kami membuat pilihan kasut yang tepat dengan menggunakan kasut Skechers Gowalk 5  tau!

Tapaknya yang mempunyai Air Cooled Goga Mat membantu menyerap tekanan semasa berjalan. So, kaki pon tak sakit!

[Hari Keempat] Khamis, 18 Julai 2019

Asyraf: Hari ni saya ke Uptown Shah Alam, banyak rupanya kedai dan makanan yang best kat sini. Pusing Uptown je, saya berjaya buat 10,650 langkah.

Mastura: Hari keempat saya buntu sikit nak jalan ke mana. Jadi saya pon paksa la officemate buat food hunting. Nasib baik tempat kerja kami banyak tempat makan yang menarik dan viral. Jalan-jalan cari makanan je pon dah 11,602 langkah tau. (Food hunting dibuat selepas waktu bekerja)

[Hari Kelima] Jumaat, 19 Julai 2019

Mastura: Sebab rutin saya ialah balik Shah Alam setiap hujung minggu, jadi kalau selalu saya tumpang kakak, kali ni saya balik naik pengangkutan awam daripada Damansara ke Shah Alam. Fuhh, sesak jugalah. Nasib saya survive, siap dapat buat 14,202 langkah okay!

Asyraf: Hari Jumaat yang dinantikan sebab esoknya cuti! Habis je waktu kerja saya terus ke Setia City Mall di Setia Alam. Bukan sebab saya nak shopping tau, tapi sebab saya nak jalan-jalan di sekitar tasik yang terletak berhadapan dengan pintu masuk mall. Jalan-jalan pon dapat 11,951 langkah.

[Hari Keenam] Sabtu, 20 Julai 2019

Asyraf: Apa yang menarik lagi kat Shah Alam? Haa.. Kali ni saya ke Taman Botani Negara, Shah Alam. Banyak je aktiviti boleh buat kat sini. Tapi saya mestilah pilih untuk berjalan. Banyak pokok-pokok yang cantik dan haiwan yang korang boleh tengok. Saya punya terleka sampai tak sedar dah buat 12,414 langkah hari ni.

Mastura: Hujung minggu, daripada tak buat apa-apa kat rumah saya pergi ke Hutan Eco Rimba, Kuala Lumpur. Dahla dapat hirup udara segar tengah-tengah bandar laluan kat sini pon best tau, ada jambatan tergantung yang boleh tengok kawasan sekitar Kuala Lumpur. Jalan kat sini je saya dapat 12,778 langkah.

[Hari Ketujuh] Ahad, 21 Julai 2019

Mastura: Hari terakhir, saya try acah-acah jadi touritst. Saya ke Bukit Bintang, Muzium Seni Visual, Pasar Seni dan Central Market. Dia punya berpeluh jangan cerita tapi yang seronoknya saya dapat buat 18,915 langkah.

Asyraf: Hujung minggu saya selalunya berehat je kat rumah, tapi sebab semangat nak habiskan cabaran, saya bawak kucing saya jalan-jalan kat taman berdekatan rumah. Jalan dengan kucing pon saya dapat buat 13, 288 langkah. Rupanya tak susah pon nak sihat ni. Asalkan kita kena rajin je!

Skechers Gowalk 5 kasut terbaik untuk berjalan!

Korang tau tak, kalau kami tak dapat cabaran untuk buat 10,000 ribu langkah ni, kami tak yakin kami mampu berjalan lebih 10,000 ribu langkah sehari. Tapi apa yang korang kena tau, pemilihan kasut haruslah tepat supaya korang selesa bila berjalan dan tak bebankan kaki.

Sebab tulah kami pilih Skechers Gowalk 5 untuk dipakai kerana GoWalk 5 ialah kasut dengan teknologi dual-density Ultra Go Outsole yang dilengkapi Comfort Pillar Technology. Ia membuatkan kaki korang sangat selesa dan langsung tak rasa sakit kalau berjalan jauh sekalipun. Buktinya, kami berdua siap terlebih berjalan lagi ada lah.

Mastura baru jalan seminggu dah berjaya turun 2 kg. Ni kalau konsisten boleh turun lagi banyak. Tapi yang penting jangan malas nak berjalan, tak susah pon nak amalkan gaya hidup sihat ni.

Boleh cuci guna washing machine!

Selain itu, kasut Skechers Gowalk 5 ini juga dihasilkan menggunakan material yang breathable dan dilengkapi dengan Air Cooled Goga Mat tau. Menariknya, walaupun kami pakai dari pagi sehinggalah ke malam hari, serius kaki tak berpeluh dan tetap rasa selesa.

Paling best, kasut ni juga sangat mudah dibersihkan sebab ia dapat dicuci dengan mesin basuh je. Nampak la memang Skechers Gowalk 5 ni berkualiti dan tahan lasak!

Apa pun, kami berdua memang recommend korang untuk miliki kasut Skechers Gowalk 5 ni sebab ia sesuai dan sangat selesa untuk dipakai terutamanya bagi korang yang suka berjalan jauh termasuklah kalau nak ke tempat kerja sekalipun. Sebarang maklumat lanjut tentang produk Skechers, korang boleh layari laman sesawang SKECHERS!

The following two tabs change content below.