berita

Jalani Ibadah Puasa Norma Baharu Tanpa Ragu

April 16th, 2021 | by Wan
Shout Out!

Aktiviti mengimarahkan masjid dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan – FOTO 123RF.COM

Pada tahun ini umat Islam di negara ini berpeluang merasai sedikit kemeriahan bulan Ramadan apabila aktiviti mengimarahkan masjid dan bazar Ramadan dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Selain mematuhi garis panduan ditetapkan, rakyat Malaysia disaran mengamalkan 3W (wash, wear, warn) dan menghindari 3S (sesak, sempit, sembang dekat) bagi mengelakkan berlakunya peningkatan kes menjelang bulan puasa dan Aidilfitri.

Kepentingan produk halal

Selain menjalani Ramadan dalam norma baharu, umat Islam juga perlu menitikberatkan status halal sesuatu produk terutamanya pada bulan yang mulia ini.

Islam meletakkan garis panduan halal haram jelas dalam pengambilan makanan, minuman dan apa jua produk kegunaan seharian sebagai sebahagian tuntutan ibadah.

Walaupun industri makanan dan minuman lebih sinonim dengan status halal, produk lain seperti ubatan dan makanan tambahan juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan pengesahan halal bagi memberikan jaminan buat pengguna.

Halal bukan sahaja bebas gelatin babi malah ia memerlukan pemeriksaan ketat bermula dari bahan mentah sehinggalah ke proses pembuatan bagi disahkan halal oleh JAKIM.

Selain kandungan yang suci dan berkualiti, produk dengan status halal dijamin selamat untuk kegunaan pengguna sama ada daripada aspek ancaman bahaya bersifat fizikal juga spiritual.

Uphamol 650 meredakan sakit kepala

Justeru, Uphamol tampil dengan Uphamol 650, 100 peratus dijamin halal serta berkesan meredakan sakit kepala terutamanya pada minggu pertama menjalani ibadah berpuasa dalam norma baharu.

Uphamol 650 dapat membantu menghilangkan rasa sakit kepala dan memberikan kesan yang lembut pada perut.

Mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pengguna kini dapat menjalani bulan puasa tanpa ragu dengan Uphamol selain mampu memberikan kesan efektif hanya dengan satu tablet sahaja.

Untuk maklumat lanjut, saksikan rancangan Akustika Ramadan pada setiap hari Selasa bermula 13 April 2021 jam 11 malam hanya di saluran TV3.

SKIP THIS AD ×