berita

Jalani Kuarantin Kendiri Di Rumah, Afgan Disahkan Positif Covid-19

July 12th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Terbaru, penyanyi popular Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan memaklumkan bahawa dirinya positif COVID-19 dan kini dia sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.

Positif COVID-19

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Afgan di Instagram, dia memberitahu bahawa dia dijangkiti COVID-19 dan semalam merupakan hari keempatnya. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang gejala kerana telah divaksinasi.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun itu menyeru agar orang ramai mengambil vaksin sebagai langkah berjaga-jaga agar komplikasi tidak menjadi lebih teruk.

Mungkin kerana saya sudah divaksin dan semua orang perlu dapatkan vaksin anda kerana walaupun anda dijangkiti virus, ianya tidak akan seburuk itu.

Ujarnya lagi, dia kekal aktif ketika menjalani kuarantin di rumahnya dengan melakukan senaman walaupun hanya melakukan senaman ringan agar sentiasa cergas.

Begini lah cara saya bersenam untuk tetap aktif selama menjalani kuarantin, hanya cuba melakukan secara ringan. Bagi anda yang dijangkiti COVID-19 tanpa gejala seperti saya, kalau hendak melakukan sedikit senaman, boleh cuba lakukan dengan ringan. Kita hanya ingin mengeluarkan endorphin untuk membuat kita tidak penat.

Sumber : afgan_

SKIP THIS AD ×