berita

‘Jalankan Bisnes Bersama Kekasih Bukan Untuk Ke Fasa Seterusnya, Niat Nak Bantu Rakan Cari Pendapatan’ – Uyaina Arshad

September 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Umum tahu mengenai kisah percintaan pelakon dan pengacara popular Uyaina Arshad dengan penyanyi Raja Syahiran yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Tolong rakan cari pendapatan

Meskipun sibuk dengan dunia hiburan, Uyaina dan Raja Syahiran juga sedang berjinak menceburi perniagaan bidang food and beverage.

Mengusahakan perniagaan gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Uyaina menyatakan bisnes tersebut dijalankan bagi membantu beberapa rakan menjana pendapatan.

Ditanya sama ada bisnes diusahakan bersama adalah sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad menafikan.

Pada mulanya, saya didekati oleh Alif Farhan yang juga mewakili kumpulan Floor 88 yang mengusahakan food court di Kampung Baru pada Disember tahun lalu.

Awalnya, saya tak terfikir pun nak meniaga tapi kami mempunyai rakan dan sepupu yang ingin menjalankan perniagaan ini bersama-sama apatah lagi dalam tempoh pandemik yang penuh mencabar ini.

Mereka mempunyai pengalaman dalam bisnes makanan, jadi kami terfikir apa salahnya jika kami bergabung dengan mereka dalam menjalankan perniagaan

Bisnes ini dijalankan bukanlah sebab kami nak melangkah ke fasa seterusnya. Niat kami memang nak bantu orang. Tapi, saya dan Syahiran akui semenjak kami mula berniaga, kami banyak belajar mengenai dunia perniagaan yang cuba bangkit dari pandemik.

Gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru menjual masakan seperti ‘chicken chop’ dan pelbagai jenis spaghetti.

Kembali bernafas selepas boleh ‘dine in’

Dalam pada itu, pelakon yang berjaya membolosi pencalonan awal bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bersyukur kerana keadaan semakin pulih dan pelanggan mula mengunjungi Masok Food Court.

Lama juga kami bercuti kerana pelanggan tak boleh makan di gerai. Kami beralih kepada servis ‘food delivery’ ketika ‘lockdown’ berlangsung.

Selepas kerajaan mula memberikan kebenaran ‘dine-in’ dengan menggariskan prosedur operasi standard (SOP), perniagaan dapat bernafas semula perlahan-lahan.

Begitu juga dengan aktiviti seni. Alhamdulillah, semuanya kembali seperti biasa tetapi kami haruslah berjaga-jaga dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

Selain itu, Uyaina bakal memasuki set penggambaran sebuah drama bersiri yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 pada Oktober ini. Menerusi naskhah berjudul Kau Cipta Kasih itu, Uyaina bakal bergandingan dengan aktor Nazim Othman.

 

Sumber: Instagram @uyainaarshad

SKIP THIS AD ×