Meskipun usianya sudah menjangkau 65 tahun, namun raut wajah penyanyi terkenal iaitu Datuk Jamal Abdillah tetap kelihatan muda daripada usia sebenarnya.
Artikel Berkaitan: Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Ketujuh, Isteri Alami Alahan Teruk Sedang Dirawat Di IJN
Sentiasa jaga kesihatan
Ketika ditemui OhBulan, pemilik nama Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali ini memaklumkan dia tidak mempunyai apa-apa rahsia sebaliknya hanya mengamalkan gaya hidup sihat untuk tampil lebih muda.
Mungkin ini adalah faktor keturunan sebab arwah ayah saya masa umur 75 tahun pun masih tiada uban.
Pada saya tak ada apa sangat cuma kesihatan perlu dijaga, hari-hari kena joging.
Pemakanan pun perlu dijaga dan saya amalkan makan makanan sihat seperti halia, bawang putih dan kayu manis tetapi semua itu import.
Jamal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada petang Isnin.
Pakai sabun papaya
Ketika ditanya mengenai tips penjagaan kulit yang diamalkan, pelantun lagu ‘Di Sudut Kamar Hatiku’ ini memaklumkan dia hanya menggunakan sabun pencuci muka nostalgia yang dikenali sebagai ‘sabun papaya’.
Kalau untuk pencuci muka saya pakai sabun papaya, masih dijual sehingga kini.
Sabun itu sebenarnya sangat bagus itu jerawat dan luka, saya sarankan untuk pakai.
Sekadar info, Jamal bakal bergandingan dengan seorang lagi penyanyi lagenda negara iaitu Datuk Hattan bagi Konsert Amal Night of Love & Compassion yang bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 14 Disember ini.