berita

Jamal Abdillah Ralat Tak Dapat ‘Perform’ AJL38

February 19th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

wany jamal

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, mengesahkan tidak bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) menerusi lagu duet bersama penyanyi, Wany Hasrita iaitu Kucuma pada 3 Mac depan.

Artikel Berkaitan: #AJL38: ‘Saya Tak Rasa Saya Akan Menang’ – Amir Jahari

Artikel Berkaitan: #AJL38: Ziana Zain Syukur Pada Usia 56 Tahun Masih Banyak Tawaran – ‘Peluang Takkan Datang Selalu’

Ada komitmen lain

wany hasrita jamal ajl38

Ketika dihubungi, Jamal, 65, berkata dia terpaksa menarik diri kerana sudah terikat dengan komitmen kerja lain yang sudah dipersetujui terlebih awal.

Betul, saya tarik diri AJL 38 sebab ada acara yang telah diatur sebelumnya.

Acara itu telah dipersetujui lebih awal dan saya tidak dapat menolaknya.

Kucuma yang bakal bertanding di pentas AJl38 merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh komposer dan penulis lirik A. Ramlee dan Ezra Kong.

Tambah pemilik nama Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali, dia juga mempunyai beberapa faktor yang lebih besar namun tidak boleh didedahkan.

Selain kerana terbabit dengan program lain, ada beberapa sebab lebih besar yang saya tidak boleh kongsikan.

Rasa ralat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Bagaimanapun, juara pertandingan Bintang RTM pada 1979, akui berasa sedikit ralat kerana tidak dapat beraksi di pentas yang gah.

Saya rasa ralat juga tak dapat menyertai AJL38. Antara artis muda, ada terselit saya pula. Tapi tidak mengapa, bukan rezeki saya.

Difahamkan, kekosongan tempat Jamal akan digantikan dengan penyanyi cukup popular iaitu Afieq Shazwan.

Terdahulu, tular dalam aplikasi X apabila netizen mempersoalkan ketiadaan wajah penyanyi legenda itu dalam video promo AJL38 bersama Wany.

Susulan itu, rata-rata netizen mula membuat andaian dengan mengatakan bapa kepada penyanyi Osama Yamani dan Zaki Yamani sudah menarik diri.

Untuk info, AJL38 bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu bersaing dan diadili oleh barisan juri professional yang dilancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Siapakah yang layak menjadi juara dan dinobatkan sebagai lagu terbaik bagi AJL38? Adakah sejarah baru bakal tercipta? Debaran kian terasa, sama-sama kita nantikan.

SKIP THIS AD ×