berita

Jamal Abdillah Timang Anak Kelima Pada Usia 63 Tahun, Akui Dah Biasa Jaga ‘Baby’

February 23rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah menyambut kelahiran anak kelimanya, Iskandar Rayyan Yamani apabila isterinya, Datin Zai Izzati selamat melahirkan anak mereka pada jam 2.27 petang, semalam, di sebuah pusat perubatan. Tahniah!

Semoga jadi anak soleh

Berkongsi kegembiraan tersebut, penyanyi yang masyhur dengan lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berkata, menimang bayi pada usia 63 tahun tidak pernah memberi sebarang masalah buatnya. Bahkan, untuk berjaga di tengah malam menyiapkan susu atau menyalin lampin tidak pernah dianggap sebagai beban buat dirinya. Tambah Jamal, bayi lelakinya dilahirkan dengan berat 2.84 kilogram, lebar 52 sentimeter dan lilitan kepala 33 sentimeter.

Disoal mengenai tarikh kelahiran anaknya itu, Jamal dan isteri sengaja memilih untuk menyambut kehadiran Iskandar semalam. Jelas Jamal, beliau mahu meneruskan tradisi anak ketiga dan keempatnya sebelum ini iaitu Nur Azura Yamani yang lahir pada 10.10.2019 sementara El Isaac Yamani pula pada 11.11.2020.

Tahniah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????D’JA (@jamalabdillahofficial)

Jamal sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau sememangnya mahu memiliki anak yang ramai dan hasrat itu sudah disuarakan pada isterinya.

Saya sudah sedia untuk mengulang rutin bantu isteri jaga anak kecil pada tengah malam. Barangkali, sudah biasa kerana sejak tiga tahun dahulu saya sudah mula menimang anak kecil iaitu pada 2019 dan 2020. Tahun ini, Allah hadirkan seorang lagi cahaya mata, jadi semuanya jadi biasa buat saya. Tumpuan dan keselesaan masa saya kini lebih banyak tertumpu pada keluarga. Saya gembira dan sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah hadirkan pada saya dan isteri.

Sumber: Jamal Abdillah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×