Sekadar gambar hiasan
Mayat seorang ibu tunggal ditemui di balkoni sebuah rumah dalam keadaan sangat menyayat hati di mana anggota badannya telah dikerat dan dicincang.
Mayat ibu tunggal dicincang
Mangsa yang dikenali sebagai Ayumi Ito berasal dari Jepun dipercayai dibunuh oleh kekasih gelapnya, Tsuchiya yang juga merupakan suami orang. Menurut sumber, suspek dan Ayumi bertemu pada tahun 2022 dan mereka kemudian dipercayai menjalinkan hubungan sulit. Namun siapa sangka, hubungan mereka akhirnya membawa kepada satu tragedi ngeri.
Menurut sumber, mayat Ayumi ditemukan di balkoni rumah dan di dalam kereta suspek. Polis turut menemui kereta mangsa yang diletakkan kira-kira 280 meter dari rumah suspek. Susulan penemuan mayat tersebut, suspek telah ditahan dan semasa soal siasat, suspek mengaku telah memukul kepala mangsa dengan objek tumpul semasa mangsa berada di dalam kereta.
Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak menjerut leher mangsa menggunakan tali sebelum dia akhirnya mencincang mayat mangsa di rumahnya. Menurut pihak polis, jiran tetangga melaporkan ada terdengar bunyi mencurigakan datang dari rumah suspek pada malam 20 atau 21 Februari lalu.
Sumber: The Straits Times