berita

‘Jangan Ambil Mudah 2 Ciri Penting Dalam Lakonan’ – Pengarah Drama Nur

November 29th, 2018 | by Amat
Lensa Insta

Ramai mahu menjadi seorang pelakon yang hebat tetapi tidak ramai tahu teknik lakonan berkesan di skrin layar. Ada dua perkara penting yang turut diambil kira sewaktu anda melangkah masuk ke dalam bilik casting.

Pengarah drama Nur, Budak Ijat, kongsi beberapa tips penting untuk anda yang ingin ke casting sebelum bergelar pelakon terbaik. Dan ini antara senarai nama pelakon yang mempunyai peningkatan dalam lakonan mereka.

Pelakon mata besar lebih ekspresif

Ada dua ciri ciri yang abam akan mudah tertarik jika seseorang itu ingin menjadi pelakon. Satu, abam suka orang yang matanya besar. Mata besar ni bagi abg lebih ekspresif berbanding mereka yg bermata kecil. Kalau dia bercakap kita akan mudah tertarik pada matanya kerana matanya jugak turut berkata kata. Sebagai contohnya seperti Sari Yanti, Nad Zainal, Kajol, Mila Kunis, Cara Delevingne, SriDevi, Aiswarya Rai just to name a few. Kalau mereka berlakon abam akan mudah tertarik melihat pada mata mereka. Kalau mereka menangis perasaan kita akan meruntun sama. Begitu jugak kalau mereka marah kita akan dapat rasakan kemarahan mereka. 

Abam ada pengalaman mengarahkan beberapa pelakon yg bermata besar dan bundar. Di set mereka sebenarnya clueless tak tahu apa apa pun. Berlakon pun kadang kadang salah. Tapi disebabkan kelebihan mereka mempunyai mata yang besar dan ekspresif lakonan mereka yang hauk tu kadang kadang kelihatan sangat menyakinkan seolah olah mereka pandai berlakon manakala hakikatnya mereka haram tak faham apa yang mereka buat. Itu bagi abam adalah satu rezeki pada mereka. Selalunya pelakon yang bermata kecil ni they have to work double harder to convey their emotions.

Tone suara yang deep dan heavy

Yang kedua abam mudah tertarik dengan pelakon yang mempunyai suara yang deep atau sedikit heavy. Antara pelakon yg mempunyai tone suara yang sedap bila melontarkan dialogue ialah Umi Aida dan Nadia Aqilah. Kelebihan derang ni bila derang bercakap dialogue yang keluar kedengaran mendayu dan membuaikan perasaan. Sama ada dia marah atau pun tidak abam suka dengar tone suara dia. Selain dari Nadia abam suka dengar suara Nurkhiriah, Ramona Rahman, Ibu Fauziah Nawi, arwah Kak Azean Irdawati dll. Pelakon lelaki pula abam suka tone suara Rosyam Nor and a few la (sila tag nama anda sendiri ?). Pelakon yang mempunyai suara deep ni pun dikira beruntung sebab selalunya setiap dialogue yang dilontarkan kedengaran cukup meyakinkan berbanding pelakon yang suaranya ringan. 

Bagaimana nak menangis dalam cantik?


Pelakon yang bersuara ringan selalunya terpaksa bekerja lebih keras untuk meyakinkan orang dengan lakonannya contohnya seperti Riena Diana, Sari Yanti, Wan Sharmila, Ziana Zain. I’m not saying they are not good. Indeed they are very good cuma suara yang ringan ni kadang kadang buat lakonan mereka kelihatan terbatas berbanding mereka yang ada deep, base and heavy voice. They also have to work harder compare mereka yang dikurniakan suara yang semulajadi heavy and deep ini. So tujuan abam cakap pasal dua perkara ini ialah sebagai pelakon especially pelakon baru ketahuilah di mana kelebihan dan kelemahan anda dan cuba belajar atasinya. Belajar guna Mata anda bagaimana untuk bereaksi tanpa dialogue. Bagaimana untuk menangis dalam keadaan cantik dan menawan. 

Dan bagi mereka yang mempunyai suara yang ringan belajarlah bagaimana mahu project suara kamu supaya kedengaran heavy and deep. Maybe you guys can go to vocal class to learn how to project your voice. Malang sekali kebanyakkan yang datang casting dengan abam no doubt cantik cantik dan hensem hensem belaka. Dengan mekap yang tebal, dengan bulu mata yang berlapis lapis. Belum masuk lagi contact lense kaler light gray for me it’s a totally turn off sebab abam tak nampak ekspresif mata awak yang sarat itu. Atau pun sesetengahnya pulak setiap kali bukak mulut bercakap terus out sebab suaranya alahai…tak stim dik. It doesn’t sounds convincing and believable.

Kepentingan voice projection

So for those yang berminat nak jadik pelakon, jangan ambik mudah dua ciri penting ini selain dari skill lakonan anda. Kalau mata tu rasanya kecik then belajar teknik mekap yang boleh support supaya mata tu nampak besar and don’t wear thick eye lashes and hideous colourful contact lense yang sarat barat sampai tak nampak mata putih tu. Abam nak tengok reaction mata awak. Macam mana mata awak berkata kata. 

Suara pun begitu juga. Kalau rasa suara tu ringan macam kapas go and learn how to make your sounds heavy, deep or bassy. Benda tu semua boleh belajar. Wan Sharmila, Fasha Sandha antara pelakon yang banyak improvement dalam voice projection berbanding awal kemunculan dulu mungkin sebab mereka tahu kepentingan voice projection dalam lakonan. 

Sumber: Budakijat