Sejak kebelakangan ini, isu lambakan kondom palsu kembali mencetuskan kebimbangan selepas pihak berkuasa Indonesia dilaporkan merampas kira-kira 200,000 kondom tiruan yang dipercayai berasal dari China.

Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Kerja Kilang Kondom Di Johor? – ‘Susah Betul Nak Periksa Ada Lubang Atau Tidak’

Elak guna kondom palsu

Produk tersebut dikhuatiri tidak memenuhi piawaian keselamatan, sekali gus meningkatkan risiko kepada pengguna dan boleh menyebabkan berlaku pelbagai penyakit.

Walaupun kondom digunakan sebagai perlindungan bagi mengurangkan risiko kehamilan tidak dirancang dan jangkitan penyakit kelamin, pakar mengingatkan bahawa penggunaan kondom palsu boleh menyebabkan kesan sebaliknya kerana kualiti bahan dan proses pembuatannya tidak diketahui.

Kondom yang tidak menepati piawaian lebih mudah koyak atau bocor ketika digunakan. Keadaan itu boleh menyebabkan cecair badan bertukar antara pasangan, sekali gus meningkatkan risiko penularan HIV jika salah seorang dijangkiti virus tersebut.

Kajian antarabangsa menunjukkan penggunaan kondom yang berkualiti dan digunakan dengan betul mampu mengurangkan risiko jangkitan HIV secara signifikan.

Selain itu, boleh menyebabkan gonorea iaitu jangkitan bakteria yang mudah merebak melalui hubungan seksual. Sekiranya kondom palsu gagal berfungsi sebagai penghalang, bakteria boleh berpindah daripada seorang individu kepada pasangannya.

Selain gonorea, klamidia juga merupakan penyakit kelamin yang boleh berlaku jika perlindungan kondom gagal berfungi dengan baik.

Lebih membimbangkan, ramai individu yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal. Jika tidak dirawat, jangkitan boleh menyebabkan komplikasi termasuk keradangan organ reproduktif dan masalah kesuburan.

Selain itu, penyakit sifilis yang berpunca daripada bakteria Treponema pallidum dan boleh menyebabkan luka pada alat sulit sebelum merebak ke organ lain jika tidak mendapatkan rawatan.

Penggunaan kondom berkualiti membantu mengurangkan risiko jangkitan, namun kondom palsu yang mudah rosak tidak mampu memberikan perlindungan optimum.

Seterusnya, Human Papillomavirus (HPV). HPV merupakan antara jangkitan seksual paling lazim di dunia dan dikaitkan dengan ketuat kemaluan serta beberapa jenis kanser seperti kanser serviks.

Walaupun kondom tidak mampu menghapuskan risiko HPV sepenuhnya kerana virus boleh merebak melalui sentuhan kulit, penggunaan kondom yang berkualiti tetap membantu mengurangkan risiko penularan.

Selain itu, herpes genital yang disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV) dan boleh menyebabkan lepuh serta luka yang menyakitkan pada kawasan kemaluan.

Sekiranya kondom palsu koyak atau gagal berfungsi dengan baik, risiko jangkitan menjadi lebih tinggi, terutama jika pasangan sedang mengalami simptom aktif.

Selain penyakit berjangkit, kondom tiruan juga meningkatkan risiko kehamilan tidak dirancang kerana ketahanan bahan yang rendah serta kemungkinan berlaku kebocoran atau koyakan ketika hubungan intim.

Pakar kesihatan menasihatkan orang ramai supaya membeli kondom daripada farmasi, pasar raya atau pengedar sah bagi memastikan produk yang digunakan memenuhi piawaian keselamatan.

Elakkan membeli produk yang mempunyai pembungkusan mencurigakan, tiada nombor pendaftaran, tarikh luput tidak jelas atau dijual pada harga yang terlalu murah kerana mungkin produk tiruan.

Sumber: Hello Sehat, Halodoc