Pelakon Raja Atiq berpendapat kejayaan yang dikecapi seseorang anak seni bukanlah tiket untuk mereka bersikap angkuh atau membesar diri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raja Atiq Dedah Sikap Selektif Rakan Sekerja Di Set Penggambaran – ‘Tak Serasi Dengan Imej Yang Kau Bawa’

Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Memang Nak Jadi Provider, Cuma Setakat Mana Dia Mampu Saja’ – Raja Atiq

Angkuh dan besar diri

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 26, mengakui peringatan itu dibuat secara umum buat rakan-rakan seindustri agar sentiasa bersikap mesra dan profesional di set penggambaran.

Menurut Atiq, adab merupakan perkara paling utama kerana bukan sahaja mencerminkan keperibadian seseorang malah memudahkan urusan ketika bekerja bersama orang lain.

Tidak kira di mana sekalipun, sebagai pelakon sama ada yang baru atau lama dalam industri, apabila berjumpa dengan artis senior atau veteran, kita perlu ada rasa hormat.

Dalam apa jua tempat kerja, adab adalah perkara paling utama. Setakat nak tunjuk diri sebagai ‘star’ atau sekadar berlagak, perkara itu tak bagi sebarang manfaat.

Atiq berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Eksklusif Yes! Captain Zul Aaryan yang berlangsung di TGV, KLCC, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Atiq mengingatkan agar tidak terlalu leka dengan kejayaan sehingga merasakan diri sentiasa berada di atas.

Tambah pelakon berusia 26 tahun itu, dia percaya rezeki bukan sesuatu yang kekal dan boleh ditarik pada bila-bila masa.

Jangan rasa diri terlalu besar atau anggap diri seorang artis paling popular sehingga lupa adab. Populariti boleh jatuh pada bila-bila masa.

Walaupun hari ini banyak terima tawaran, kita tidak tahu bagaimana keadaan pada masa akan datang.

Imbas kembali, Atiq mendakwa terdapat seorang rakan sekerjanya yang juga dipercayai seorang pelakon bersikap memilih kawan ketika berada di set penggambaran.

Dakwa Atiq, imej yang ditampilkan pelakon tersebut dilihat tidak selari dengan sikapnya yang dikatakan selektif dalam memilih rakan.