berita

‘Jangan Anggap Mereka Mengada-Ngada’ – Ini Bahaya Anxiety Attack Yang Sedang Dihidapi Diana Danielle

August 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini pelakon Diana Danielle telah berkongsi kesakitan kebimbangan melampau (anxiety attack) yang dihidapi beliau sejak sekian lama. Dia sudah beberapa hari sukar bernafas dan telah menjalani rawatan susulan.

Menerusi Facebook Chikman Arshad berkongsi kepetingan untuk membantu golongan yang menghidap penyakit ini. Dia yang turut mengalami penyakit ini menerangkan tentang simptom dan cara untuk mengelakkan dari terkena penyakit tersebut.

Jangan anggap pesakit mengada-ngada

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian, bagi yang belum mengenal apa itu anxiety disorder, panic attack, gerd, panic disorder dan yang sewaktu dengannya, tolong jangan pandang remeh menda perkara ni, jika ada ahli keluarga, kengkawan yang anda perasan ada simptom-simptom ni, hampiri dan minta beliau kongsi apa yang beliau sedang rasakan.

Jangan pernah anggap orang-orang ni mengada-ngada, nak manja-manja, nak perhatian, sebab effect benda ni serius, kalau anxiety disorder, pengidapnya takut sangat mati, dan depression pulak, nak sangat mati, cam dah takda harapan nak truskan hidup.

Bagi kata-kata positif

Lagi satu, jangan sesekali memberi kata-kata yang mampu membuatkan pengidap anxiety hilang pertimbangan lantas menendang anda dibahagian muka, kata-kata yang seperti berikut, “alaa buat tak tau ja, jangan layan sangat”, sabar banyak-banyak, orang lain pun sakit juga”, “eleh tahan laa sikit, jangan manja sangat, aku dulu lagi teruk”. Haa ini antara kata-kata yang mampu membuatkan sanak saudara anda menangisi pemergian anda pula.

Dulu aku sendiri, 1 pagi, 2 pagi, bawak motor dengan member, naik gunung jerai, bukan ramai pun, bila mana diuji sakit ni, nak makan kenduri sebelah rumah pun fikir 8 kali, takut, takut pergi kenduri tak balik dah, takut kalau-kalau jadi panic attack depan orang ramai, malu,tak mahu bersosial, bermasyarakat, kerap gemuruh kalau orang ramai.

Bukan penyakit mental

Jangan sesekali menganggap orang yang hidap simptom-simptom nie ada masalah mental illness sebab sampai satu tahap perlu ke psiaktrik, ianya hanya kerana perlukan kaunseling, bimbingan, dan cara mengawal anxiety dalam diri, setiap manusia ada anxiety, kalau takda anxiety langsung, terus hilang rasa takut, dan takut-takut hilang jugak rasa takut pada Tuhan, tu yang sampai berani nak halau-halau Ulama’. Nauzubillahiminzalik.

Kesimpulannya, jika anda kenal, nampak kes anxiety nie di depan mata, jangan judge bukan-bukan, jangan assume bukan-bukan, dan jangan burukkan lagi keadaan, tolong, bantu, kerana orang-orang ini perlukan kata-kata positif, energi-energi positif, cakera positif, doktor pakar sekali pun kebanyakkan menghandle kes ini hanya dengan lisan, soft skill dan adegan-adegan yang positif. Dekatkan diri dengan Sang Maha Pencipta, minta petunjuk, deal dengan sakit, redha dengan sakit, dan berdamai dengan sakit.Inn Shaa ALLAH.

Aku sendiri sedang anxiety sekarang nie, bimbang, sebab tadi ada marka ada halkum cakap aku kacak. Astaghfirullah

-kepada diana daniel, moga cepat sembuh dan memperolehi sesuatu disebalik hadiah nie.

Sumber: Chikman Arshad

The following two tabs change content below.