berita

Jangan Asyik Nak Mewah Je, Lihat Semula Komitmen Anda

May 20th, 2019 | by Amat
Kewangan & Pelaburan

Apabila sudah berumahtangga mesti pelbagai komitmen perlu diambil kira termasuklah pembayaran rumah, kereta, minyak petrol, nafkah isteri dan sebagainya. Ada juga di antara kita tidak mampu untuk tanggung semua bil ini dengan gaji bulanan yang dapat.

Perkongsian dari Akhtar Syamir mengenai keinginan besar dari kita semua untuk memiliki sebuah kereta mewah pasti membuka mata semua orang. Memiliki kereta mewah dan sanggup tanggung hutang hingga 9 tahun dengan komitmen sebulan hampir RM1ribu. Bagaimana pula dengan komitmen yang lain?

Kita kena tengok komitmen dulu

Saya tak nak komen mengenai kes penarik kereta kena sembur dengan racun serangga semasa cuba untuk menarik kereta yang dah 5 bulan tak bayar.

Sebaliknya, jom kita sama-sama muhasabah diri dan lihat kemampuan kita dari senarai ini. Ini senarai harga kereta sedan terkini di bawah RM80,000 dengan spesifikasi paling rendah dan anggaran hutang selama 9 tahun.

Nampak 800 tu macam boleh pergi kan? Macam… Itu pemikiran kita secara spontan kalau kita tengok jenis kereta. Honda, Toyota atau Mazda memang menarik la. Ada standard orang kata.

Tapi kita kena tengok komitmen dulu. Saya cakap pasal yang dah berkeluarga. Yang belum berkeluarga mungkin kesnya berlainan sedikit. Komitmen apa yang paling penting untuk keluarga selain kereta?

1. Rumah
2. Makanan seisi keluarga
3. Pakaian termasuk lampin bayi
4. Duit minyak kereta
5. Duit belanja harian seisi keluarga

Ini semua subjektif

Ini semua subjektif. Ada yang rumah sewa, ada yang rumah beli. Ada yang makan banyak sebab keluarga besar, ada yang makan sikit kerana keluarga kecil. Ada yang anak dah besar tak pakai lampin dan ada yang kerja dekat atau jauh.

Selalu orang terlepas pandang duit minyak kereta. Seminggu paling kurang pun RM50. Sebulan dah RM200 lebih. Kalau campur dengan harga kereta tadi dah RM1000 hanya untuk kenderaan sahaja tak termasuk servis berkala. Satu lagi yang selalu terlupa ialah duit tol.

Jadi, kalau yang bergaji RM3,000 atau RM4,000 dan ada 2, 3 orang anak, fikirlah semula. Perlu sangat ke pakai Honda, Toyota atau Mazda tu? Kita bukan fokus untuk menyimpan lagi. Kita fokus untuk kelangsungan hidup sahaja ni tau?

Jangan pelik kalau kawan kita nampak biasa, pakai kereta Saga je. Tapi setiap tahun pergi melancong, duduk hotel gempak-gempak dengan family. Dia jimat RM500 sebulan berbanding kalau pakai kereta lagi mahal tu. Katakanlah dari RM500 tu dia dapat simpan RM200. 12 bulan dah RM2,400. Setakat nak duduk The Pines Melaka 3 malam pun siap ada duit lebih lagi.

Yang penting keluarga kita bahagia

Kita yang pilih nak hidup sempit atau nak hidup lapang? Kereta mahal tapi bising pasal bil letrik, bil Astro. Kereta mahal tapi anak nak beli Beyblade Takara Tomy dah kena marah. Kereta mahal tapi isteri nak buat treatment, dah mengeluh tunggu dalam kereta, rugi duit minyak katanya. Nak pakai penapis air pun berkira. Memikul la air mineral set 12 botol tu naik tangga semata-mata nak jimat. Tak masuk broadband kat rumah lagi.

Percayalah, kereta ni kadang-kadang kita je perasan orang tengok, padahal orang tengok biasa je. Kawan-kawan pun puji masa hari pertama je. Esok lusa orang tak peduli dah.

Jangan peduli la ape orang nak kata. Bukan diorang pun yang bayar bil kita. Bukan orang lain yang belikan baju anak-anak kita, beli barang dapur kita. Yang penting keluarga kita bahagia. Tak hidup dalam kesempitan. Kalau tak, asyik bergaduh dan berkira pasal duit.

Ukurlah baju di badan sendiri

Pilihan di tangan anda. Setakat ini saya rasa kereta terpakai jauh lagi berbaloi. Tapi kalau mampu, silakan. Anda yang bekerja penat setiap bulan dan dapat gaji yang tinggi, anda layak untuk pakai yang lebih baik. Post ini merujuk kepada yang kurang berkemampuan tetapi nak melaram.

Ada orang yang saya kenal, kereta seratus ribu lebih, tapi mengeluh yuran PIBG anak RM50, lepas tu hutang dengan member RM300 dah 3 tahun tak bayar. Ape punya perangai.

Akhir kata, ukurlah baju di badan sendiri. Yang pergi ukur baju kat badan jiran, kawan-kawan dengan adik beradik tu buat apa? Apa pendapat korang? Kereta penting, atau kehidupan selesa lagi penting?

Sumber: Akhtar Syamir

SKIP THIS AD ×