berita

‘Jangan Bagi Alasan Kulit Anak Sensitif’ – Wanita Saran Ibu Bapa Terjejas Tukar Guna Lampin Kain

July 10th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara, terdapat sesetengah keluarga yang terkesan serta hilang punca pendapatan. Bahkan, ada yang sanggup ‘korek’ tabung simpanan mereka untuk meneruskan kehidupan serta ada juga yang sanggup tebalkan muka untuk meminta belas kasihan bantuan daripada orang lain.

Tak setuju minta bantuan dalam bentuk pampers

Seperti video yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Gucci Jg di akaun TikTok, dia meluahkan rasa tidak setuju terhadap sesetengah individu susah yang meminta bantuan lampin pakai buang.

Jelasnya lagi, daripada membazir beli lampin pakai buang, lebih baik menggunakan lampin jenis kain kerana boleh dipakai berulang kali. Dengan cara itu, golongan berkenaan dapat berjimat jika lampin itu dibersihkan selalu.

Saya zaman yang stabil ajar anak tak pakai pampers. Pakai lampin cuma nak keluar rumah je saya akan pakaikan pampers.

Selain menasihati masyarakat agar berbelanja dengan bijak pada ketika ini, wanita berkenaan turut mengatakan bahawa lebih baik membeli susu untuk anak kerana ia lagi penting daripada membeli lampin pakai buang.

Dah lah jangan beli pampers bagai. Akak kena sedar sikit sekarang ni musim COVID-19, musim susah orang nak cari pendapatan. Jangan bagi alasan kulit anak sensitif. Jangan bazir duit beli pampers, beli susu kalau dalam bantuan tu.

‘Orang malas je minta bantuan beli pampers!’

@gucci_jgPemalas je minta2 bantun beli pampers bagai##tiktokmalaysia ##fyp? original sound – Gucci JG

‘Ikut poket sendiri. Kalau tak mampu jangan pakai pampers’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan nasihat yang diberikan oleh wanita berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang tidak setuju kerana cara hidup setiap orang adalah tidak sama.

Sumber : gucci_jg

SKIP THIS AD ×