berita

‘Jangan Bagitahu Orang Lain’ – Syed Azmi Dedah Perbualan Menjijikkan ‘Mudir’ Dengan Pelajar

January 29th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

‘Harapkan pegar, pegar makan padi’, itulah perumpaan yang boleh menggambarkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di sebuah institusi pengajian. Pendidik yang diberi tanggungjawab untuk menjaga anak-anak diambil kesempatan demi kepentingan diri sendiri.

Seperti pendedahan yang dibuat aktivitis, Syed Azmi di Facebook, seorang pelajar didakwa dicabul secara emosi dan fizikal oleh ‘mudir’. Di dalam mesej tersebut, ‘mudir’ dilihat mengumpan pelajar dengan soalan-soalan perangkap sebelum minta mencium.

Tak tahan dicabul secara fizikal

KES GANGGUAN SEKSUAL
GROOMING PROCESS
PENGANTUNAN
(dengan izin)

Kes saya semalam melibatkan pembuktian grooming melalui whatsapp. Semua maklumat telah saya padamkan. Tapi di sini saya ingin tuan lihat sejurus dalam bulan Aidilfitri 2019 sudah bermula perbualan.

Kemudian 2 bulan senyap dan sambung balik. Dalam 2 bulan tidak di layan dan message di padam. Cuma pada awal tahun ini mangsa bertindak kerana tidak tahan di cabul secara fizikal. Saya ada bertanya beberapa soalan berdasarkan whatsapp ini.

Tak pelik ke mudir hubungi awak jam 12 tengah malam? – Tak pelik sebab masih bermain dengan handphone.

Takde rasa apa ke bila mudir mintak gambar? –  Takde sebab hantar gambar keluarga.

Minta cium

Takut ke bila ustaz tanya mana kopiah? – Tak takut tapi segan sebab mudir seorang yang di hormati. Jadi rasa segan bila pakai cap. Lagipun saya dah minta maaf.

Kenapa ramai rakan share gambar ustaz? – Senyap….

Waktu Mudir tanya sayang tak kat dia tak rasa pelik ke? – Tak rasa apa sebab hormat guru dan cuma dalam perkataan tanda hormat. Takde rasa apa apa.

“Kalau ustaz cium mulut dan pipi kamu boleh” dan semua perbualan mengenai cium akan saya kupaskan kemudian.

Kalau kita baca mudir ni betul-betul pastikan kedudukannya dulu, dengan mengatakan dia kasyaf, authoritative dengan sikapnya nak “kena” kan pelajarnya pasal pakai cap dan bukan kopiah di waktu cuti, tunjukkan sikap bukan mudah nak dapat keampunan daripada mudir, selain kasyaf, mudir mengatakan dia boleh buat macam-macam.

Minta rahsia disimpan

Setelah dia memastikan sesiapa yang berkuasa dalam perbualan ini. Dia mula menunjukkan tingkah laku seksual terbuka dengan soalan pasal sayang dan cium pipi dan mulut. Dalam proses, mudir check ada sesiapa yang baca mesej handphone. Lebih 2 kali dia tanya siapa tahu mereka berkomunikasi. Lepas tu dia tambah dengan kalau selalu cium boleh tak?

Dan akhir sekali mudir suruh mangsa menyimpan rahsia. Dalam genggaman mudir ini, dia tahu mangsa sudah mula patuh sebab mudir juga menyatakan dia dah mula merajuk dan buatkan mangsa panik. Ini mengukuhkan lagi hubungan ini. Kita sudah mempunyai undang-undang baru jenayah seksual kanak-kanak yang melibatkan pengantunan. Kes ini masih lagi dalam siastan dan saya mohon kita berdoa keadilan akan di berikan sewajarnya.

Nak dapat keberkatan

Kes melibatkan Mudir dan Pelajar.

Ibu bapa anak ini memohon bantuan idea daripada saya berkenaan kes pencabulan pelajar oleh mudir.

Tak rasa apa apa ke bila mudir ajak cium mulut dan pipi? – Tak, sebab nak dapat berkat dari ustaz.

Berkat? Macam mana tu?
– Anak ini berkongsi, dia kata bila mudir dia bagi ceramah kat masjid, dia nampak lepas habis, ramai nak minum air dari bekas cawan mudir tu. Jadi ingat kalau mudir nak cium pipi dan mulut dapatlah berkat. Dia buat tu dalam 3 kali tapi takde orang nampak.

Sepanjang tahun 7 kali mudir ajak tidur bilik. Dia nanti suruh pelajar lain panggil saya pergi tidur kat bilik dia. Saya tak nak tapi saya tahu kalau saya tak ikut arahan, pelajar yang membawa pesanan tu yang akan kena denda. Diorang pun takut nak lawan cakap mudir.

Kenapa kena tidur dengan mudir? – Sebab mudir kata ada hantu dan dia takut hantu.
SERIOUSLY!!!

Ye, mudir takut hantu jadi dia akan ajak pelajar tidur dengan dia.

Hantu apa? – HANTU CIK BEDAH (I ask another student and true enough the other student pun cakap mudir takut hantu cik bedah)

Apa yang mudir buat? – Dia akan ajak saya ke katil dia, dia akan bogel dan bogelkan kita dan lepas tu dia buat.
*Sorry, the image is just too much for me.

Sumber : Syed Azmi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×