Umum mengetahui bahawa vokalis kumpulan Umbrella iaitu Zarul Husin, pernah berkhidmat sebagai seorang pramugara di syarikat penerbangan terkemuka lebih daripada 10 tahun. Tidak mustahil darah sebagai anak kapal masih kuat dalam dirinya biarpun sudah meninggalkan bidang tersebut.
Terbaru, menerusi Youtube Channel penyanyi tersebut, dia berkongsi ilmu dan pengalamannya sebagai pramugara. Pada masa yang sama, dia turut menepis skeptikal kolot netizen yang menganggap pekerjaan tersebut sekadar waiter dan sesuai dengan orang yang berlagak sahaja.
Nak jadi pramugara?
Menerusi video berdurasi 8:47 saat, Zarul berkongsi cara-cara untuk menjadi pramugara. Menurutnya, kerjaya sebagai pramugara sama seperti polis, bomba dan doktor kerana semua situasi di dalam kapal terbang akan dikendalikan oleh anak kapal. Di samping itu, penampilan diri perlu dijaga supaya penumpang berasa selesa dan keyakinan bertambah. Akhir sekali, sebagai anak kapal, ilmu dan pengetahuan am perlu diketahui kerana kita boleh menjangka soalan yang bakal ditanya oleh penumpang.
Jangan berlagak macam bagus
Acah bagus, lagu pun sendu
Menurut Zarul, dia menerima pelbagai komen negatif yang memperlekehkan kredibilitinya dalam berkongsi ilmu mengenai industri penerbangan. Bagaimanapun, dia terima komen tersebut dengan cara yang positif. Tambahnya, semua bidang pasti ada yang berlagak dan bergantung pada diri seseorang individu untuk menilainya.
Reaksi netizen
Sesetengah netizen memuji Zarul, kerana sudi berkongsi ilmu mengenai pengalamannya sebagai pramugara. Menurut netizen, bukan semua info mengenai cara pramugara bekerja dan penerbangan dikongsikan di media sosial. Tambah netizen, mereka berharap penyanyi itu terus berkongsi pelbagai topik mengenai pramugara dan situasi dalam penerbangan yang ramai tidak tahu.
Sumber: Zarul Umbrella