Teka teki mengenai kisah rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dengan isterinya Nurul Shuhada bakal terjawab apabila wanita tersebut memberitahu kepada rakan media bahawa ‘jodoh mereka sampai di sini sahaja’.
Meskipun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Shuhada berkata segalanya akan terjawab pada 1 Mac ini.
Artikel berkaitan: Hafidz Roshdi Cerai Isteri Talak Satu Bersaksikan Keluarga?
Artikel berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Yakin Allah Selalu Ada Dalam Setiap Ujian
Artikel berkaitan: Hafidz Roshdi Muat Naik Foto Pegang Tangan Isteri Di IG? Netizen Nasihat Jangan Curang Lagi!
Artikel berkaitan: Muat Naik ‘Review’ Filem & Bertih Jagung Di IG, Netizen Dakwa Hafidz Roshdi Tengok Wayang Dengan Bekas Kekasih?
Perlu bangkit demi anak-anak
Terdahulu, timbul dakwaan Hafidz sudah menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga. Bukan itu sahaja, Shuhada dikhabarkan bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Shuhada.
Berikutan daripada itu, rata-rata netizen dilihat tampil memberi sokongan moral buat Shuhada dan anak-anak di media sosial. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di Instagram Story, seorang individu menyuruh Shuhada untuk memulakan perniagaan di aplikasi TikTok.
Ujar netizen, Shuhada perlu bangkit dan kuat demi anak-anak. Di samping itu, netizen memberitahu mereka akan memberi sokongan buat ibu kepada dua orang cahaya mata ini sepanjang menjalankan perniagaan di media sosial.
Pergi buka akaun. Kami wanita nak beri sokongan dekat you dan anak-anak. Buat saja bisnes apa-apa kami nak sokong. Jangan biar diri ditindas. Kau boleh pergi lebih jauh daripada bekas suami. Ayuh. Move on.
Terharu dengan kata-kata dan sokongan yang bakal diberikan, Shuhada menzahirkan ucapan terima kasih buat semua.
Terima kasih Ya Allah. Semoga berbaliklah segala kebaikan untuk semua yang mendoakan Shu dan anak-anak.
Sumber: Shuhada