berita

Jangan Buang, DIY 5 Barangan Terpakai Yang Ada Disekeliling Korang Ini. Hasilnya? Kreatif!

October 23rd, 2019 | by Shafika
Make-It-Senang

Pernah tak korang rasa sayang nak buang barang lama walaupun tidak boleh digunakan lagi? Lebih-lebih lagi jika barang dibeli itu dengan harga yang mahal. Kadang-kadang ianya terbiar begitu sahaja.

Apa kata kali ini korang cuba tips DIY (Do It Yourself) yang sangat berguna ini. Bukan sahaja mudah, malah produk dihasilkan mampu memberi sumbangan dalam memelihara alam sekitar.

1.Kotak tisu/ Kotak kasut

(sumber dari kelab DIY Malaysia)

Setiap kali korang beli kasut, pasti ada kotak kasut disertakan sekali. Bayangkan berapa banyak kotak kasut rumah korang yang mungkin hanya tersusun di rumah tanpa digunakan. Nak buang terasa sayang. Apa kata jika korang jadikan kotak kasut ini sebagai bekas simpanan berguna korang. Boleh letak macam-macam tau!

Apa yang penting kos pun murah hanya dengan menggunakan pembalut hadiah atau kertas dinding. Ianya nampak cantik dengan pemilihan corak yang korang suka. Letakkan barang-barang korang seperti aksesori, bekas jahit atau apa sahaja. Jimat kan?

2. Tayar terpakai

(sumber google)

Ramai yang tak tahu, tayar terpakai sebenarnya sangat berguna untuk dijadikan beberapa produk kreatif. Antaranya adalah kerusi santai. Kalau dibeli di kedai harganya pasti mahal. Daripada korang buang tayar, baiklah korang rajinkan diri korang dengan hanya menggunakan tali jut dan gam sahaja. Mudah kan?

3. Botol Mineral

(sumber : idntimes)

Botol air merupakan antara barang terpakai yang mudah didapati. Kami pasti ramai yang sering melihat hasil kreatif orang ramai menggunakan botol ini diubah menjadi barang yang berguna. Kali ini apa kata korang jadikan botol air sebagai lampu romantik. Korang hanya perlukan lampu kabel, botol plastik dan kertas putih. Sangat mudah, yang penting kos murah!

4. Tikar

Siapa cakap tikar buruk tak boleh kembali seperti baru? Hanya menggunakan 1 gulung kertas dinding kalis air dan duct tape, korang boleh hasilkan tikar baru yang cantik. Apa yang seronoknya, tikar ini mudah dibersihkan jika tertumpah makanan ataupun air.

Tak adalah rasa nak marah kalau anak makan bersepah. Betul tak? Dari segi kos hanya kurang dari RM10 sahaja. Korang hanya perlu tampal kertas dinding di atas tikar lama dan kemaskan dengan duct tape di sekelilingnya biar nampak kemas!

5. Tin kosong

(sumber : google)

Tin-tin kosong juga boleh dijadikan bekas serbaguna yang sungguh menarik dan pelbagai kegunaan. Cara-cara membuatnya juga mudah. Apa kata kali ini ajak anak-anak untuk lakukan aktiviti ini di masa terluang. Pasti lebih seronok apabila tin-tin kosong ini boleh digunakan untuk meletakkan kelengkapan alat tulis.

Korang hanya perlukan cat, papan kayu, tukul dan paku kecil untuk mencatumkan kesemua barang itu. Selain itu korang juga boleh menggunakan gam untuk melekatkan tin-tin itu bersama. Mungkin lebih mudah dan menjimatkan.

The following two tabs change content below.