berita

‘Jangan Burukkan Lagi Keadaan’ – Penyebar Maklumat Palsu Bakal Ditahan Polis

August 13th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes perselisihan faham kemalangan jalan raya sehingga meragut satu nyawa telah mendapat perhatian meluas dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai spekulasi berkenaan kes tersebut telah timbul sehinggakan ia mempengaruhi para pembaca di media sosial.

Menerusi Berita Harian, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa kepada sesiapa yang menyebarkan maklumat palsu dan membangkitkan isu perkauman berkenaan kes tersebut boleh ditahan. Hal ini kerana ada sesetengah pengguna laman sosial yang membuat andaian sendiri sehinggakan mencetus kontroversi.

Latar belakang individu masih diselidik

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, polis masih menyiasat latar belakang individu yang terbabit.

Setakat ini tiada tangkapan, kita masih kenal pasti individu itu. Baru-baru ini, ada seorang ahli politik menerusi satu klip video yang tular di media sosial turut dilihat cuba membakar sentimen perkauman.

Kita akan siasat perkara ini, polis harap orang ramai jangan burukkan lagi keadaan sebaliknya tampil ke balai polis jika mempunyai maklumat berkaitan.

Mengganggu proses siasatan

Penyebaran berita ini sedikit sebanyak mengganggu proses siasatan pihak polis. Pihaknya juga telah mengambil keterangan beberapa orang saksi kemalangan tersebut untuk membantu siasatan.

Fokus polis adalah untuk menyelesaikan kes berbangkit, namun pada masa sama timbul pula berita palsu disebarkan individu tidak bertanggungjawab yang sedikit sebanyak ganggu siasatan.

Kita komited untuk mengesan dalang di sebalik penyebaran maklumat palsu bagi memastikan individu berkaitan tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Perincian mengenai keterangan saksi tidak boleh didedahkan. Polis juga ingin memohon saksi lain untuk tampil secepat mungkin bagi bantu siasatan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×