Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba ibu kepada penyanyi, Aiman Tino memuat naik Instagram Story yang berbaur ‘amaran’ kepada pengikutnya di media sosial tersebut.
Jangan bagi ibu dan anak bergaduh
Menerusi posting yang dimuat naik, Hazelina Mat Jalil memberi amaran kepada pengikutnya agar tidak merosakkan hubungannya dengan anak-anak. Tambah Hazelina, dia akan membuat laporan polis sekiranya individu berkenaan tidak berhenti melakukan perkara tersebut di dalam media sosialnya.
Jangan cuba nak bagi ibu dan anak ni bergaduh yer, atau ada syaitan bertopeng dalam Instagram saya. Sebelum saya buat report polis sila berambus.
Posting yang dimuat naik Hazelina turut menjadi persoalan di kalangan netizen. Menurut netizen, adakah hubungan Hazelina dengan Aiman sebagai ibu dan anak mempunyai masalah. Ini kerana, suatu ketika dahulu Hazelina pernah meluahkan rasa terkilan mengenai perbuatan Aiman sebaik sahaja mengenali seorang wanita.
I love my son
Selepas dua jam memuat naik posting yang pertama, Hazelina turut memuat naik satu lagi posting yang menunjukkan foto Aiman. Lebih mencuri tumpuan, kapsyen ‘I love my son’ turut ditulis di foto berkenaan. Sehingga kini, tiada sebarang info lanjut mengenai kesemua posting yang di muat naik oleh Hazelina. Apapun, kami berharap hubungan anak beranak ini berada dalam keadaan yang baik dan tiada individu yang berniat jahat mahu merosakkan hubungan mereka.
Sumber: Hazelina