
Pelakon Kodi Rasheed tampil memberi semangat kepada rakan seindustri, Que Haidar yang kini menjadi bualan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: Kodi Rasheed Tak Suka Tayang Isteri Di Media Sosial – ‘Dia Tak Kisah Sebab Tak Biasa Dengan Industri Seni’
Artikel Berkaitan: Kodi Rasheed Dedah Lebih 10 Kali ‘Dikencing’ Penerbit? – ‘Dah Beri Tawaran & Skrip, Lepastu Tak Jadi Ambil’
Kata semangat
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Kodi atau nama penuhnya Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed menyifatkan Que sebagai seorang abang sepanjang dia berkecimpung dalam industri seni.
Selain itu, Kodi memohon agar tidak menimbulkan sebarang fitnah terhadap pelakon berusia 46 tahun itu, yang sama sekali tidak seperti yang didakwa.
Luar dalam atas bawah kiri kanan belakang depan, semua aku tahu.
Tolong la jangan dijolok sarang tebuan.
Aku sayang abang aku.
Sakit dia sakit la aku.
Simpan aib masing-masing.
Sebelum ini, isu perceraian antara Que dan Linda Jasmine kembali menjadi perhatian selepas Linda mendakwa perpisahan mereka terjadi kerana mahu melindungi anak-anak daripada kejahatan.
Untuk rekod, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar mendedahkan dia dan Linda sudah sah bercerai pada 2 Julai 2024 selepas 15 tahun hidup bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13.
Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24, hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Threads @kodi_rasheed








