berita

Jangan Ganggu Dia! – Shila Amzah Pertahan Gadis Istimewa Ini Dari Terus Diejek Netizen

July 12th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulanshilaa

Tak berhati perut! Itu perasaan kami tatkala melihat beberapa keping foto insan istimewa yang diejek segelintir pengguna media sosial atas kekurangan dirinya.

Salah ke jika dia mempunyai akaun Instagram dan memuatnaik foto selfie di akaunnya sendiri? Mungkin simpati dengan nasib yang terpaksa dilalui gadis berkenaan, Shila Amzah tampil mempertahan peminatnya itu.

Leave her alone…

Screen Shot 2015-07-12 at 12.46.02 PM

Sejak semalam beberapa keping foto gadis istimewa ini mulai viral apabila berlegar di laman Facebook dan Twitter. Namun apa yang menyedihkan ialah sikap segelintir netizen yang mengejek dan menjadikan foto gadis istimewa tersebut sebagai bahan jenaka.

Peka dengan situasi terbabit, Shila Amzah melalui update terbarunya meminta netizen agar tidak lagi mengejek mahupun meninggalkan komen yang tidak sepatutnya terhadap gadis berkenaan.

Screen Shot 2015-07-12 at 1.00.20 PM Screen Shot 2015-07-12 at 1.00.44 PM Screen Shot 2015-07-12 at 1.01.49 PM

Difahamkan gadis berkenaan merupakan peminat setia Shila Amzah. Hal ini diakui followers Shila Amzah sendiri yang acap kali melihat gadis berkenaan meninggalkan komen di Instagramnya.

Netizen beri kata-kata semangat

Screen Shot 2015-07-12 at 1.11.58 PM

Geram dengan tindakan yang dilakukan oleh segelintir netizen yang tidak berhati perut tersebut, orang ramai tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Malah sehingga kini pengikutnya sudah mencecah lebih 27 ribu.

Screen Shot 2015-07-12 at 1.10.08 PM Screen Shot 2015-07-12 at 1.10.38 PM

Tak sangka di zaman yang serba maju ini, masih wujud manusia yang mengejek kekurangan orang lain. Apa-apa pun harap adik bersabar lah ye.

Sumber : Instagram Shila Amzah & Zati Salam

The following two tabs change content below.

Wan

Content Champion at Rev Asia Berhad
Penulis jalanan