berita

‘Jangan Ganggu Kerja Aku’ – Padam Semua Foto Di IG, Rizalman ‘Terasa’ Dengan Komen Netizen?

June 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pereka fesyen tersohor tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim telah mencetuskan tanda tanya netizen apabila akaun Instagramnya telah ditetapkan sebagai ‘private’ malah semua hantaran terbaharu termasuklah yang dimuat naik pada tahun 2021 telah pun dipadam.

Jangan meratapi ‘kehilangan’

Menerusi pemerhatian team OHBULAN!, Datuk Rizalman telah memadam kesemua info serta foto lamanya di Instagram. Bukan itu sahaja, gambar profilnya turut ditukar sejak semalam. Namun begitu, pereka fesyen tersebut sempat memuat naik tiga posting yang dipercayai ditujukan khas buat peminatnya. Beliau berharap kehilangan dirinya daripada media sosial tersebut tidak diratapi oleh mana-mana individu.

Bagi la masa

Di ruangan komen, ada juga dakwaan yang mengatakan Datuk Rizalman ingin mendalami ilmu agama dalam tempoh waktu tersebut dan mengambil masa untuk ‘tenang’ selepas isu ikan salmon baru-baru ini.

Terdahulu, Datuk Rizalman dikecam hebat oleh netizen kerana tidak menghargai pemberian ikan salmon daripada peminatnya. Biarpun seolah-olah mengakui dirinya hanya makan ikan sardin dan tidak menggemari ikan yang sering menjadi hidangan golongan berkemampuan, hati netizen terluka apabila insan yang dikagumi oleh mereka cuba menjamu kucing peliharaan dengan ikan salmon berkenaan. Lebih kecewa, ikan tersebut ditolak mentah-mentah oleh si haiwan peliharaannya juga.

Sumber: Rizalman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×