berita

‘Jangan Hina Ciptaan Allah’ – Ayda Jebat Bidas Hinaan Muka Mirip Muhammad Sajad

March 30th, 2020 | by faris
Kini Trending

Demi memenuhi tuntutan watak, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat rela mengorbankan rambutnya yang panjang pada November tahun lalu. Kini dia tampak lebih muda dan mengubah imejnya yang ayu sebelum ini ke arah sesuatu yang berbeza.

Video throwback penyanyi Temberang ini di Instagram membuatkan seorang netizen meluahkan pendapatnya mengenai penampilan lama Ayda. Namun, pendapat itu seperti kurang disenangi Ayda yang membalas komen berkenaan.

Dikatakan seiras usahawan kosmetik

Pengikut Ayda di laman sosial itu meninggalkan komen menyamakan penampilan Ayda sekarang yang berambut pendek yang dikatakan seiras seorang usahawan kosmetik.

Tak baik hina ciptaan Allah

Seorang lagi pengikut membalas mengatakan usahawan itu tidak cantik kerana dia seorang lelaki. Ayda menasihat wanita berkenaan supaya tidak menghina ciptaan Allah dan sepatutnya menjaga diri sendiri serta mengelak meninggalkan komen provokasi.

Adakah saya nampak seperti LGBT?

Tidak cukup dengan itu, komen terdahulu Ayda dilabel sebagai membela golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia juga mempersoal jika komen sebelum itu atas tujuan menghina atau tidak selain menjelaskan maksudnya.

Terang Ayda, sebelum meninggalkan komen, pengguna laman sosial perlu faham sebelum komen. Dia juga mengingatkan negara ini mempunyai undang-undang tersendiri.

Sumber: Ayda Jebat

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×