Pendakwah selebriti Ustazah Asma’ Harun menegaskan bahawa umat Islam tidak dibenarkan sengaja melengah-lengahkan atau qada solat fardhu tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.

Artikel Berkaitan: ‘Makin Ramai Artis Veteren Kembali Beraksi Di Pentas’ – Ustazah Asma’ Harun Tampil Beri Teguran Halus

Artikel Berkaitan: ’24 Jam Allah Beri Sebenarnya Cukup, Cuma Manusia Buang Masa Sibuk Perihal Orang Lain’ – Ustazah Asma’ Harun

Qada solat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Ustazah Asma memberi teguran halus buat para pengantin.

Pada hantaran yang sama, Ustazah Asma’ menitipkan pesanan agar tidak menjadikan solekan mahupun kesibukan melayan tetamu sebagai alasan untuk mengabaikan solat fardhu.

Buat bakal pengantin, jangan jadikan solekan atau kesibukan layan tetamu sebagai alasan untuk tinggalkan, jamak atau qada solat fardhu.

Tanpa keuzuran yang dibenarkan, hati-hati.

Tegasnya, keberkatan sesebuah rumah tangga bermula daripada penjagaan solat fardu, sekali gus mengingatkan bahawa hanya keuzuran yang dibenarkan syarak menjadi sebab untuk seseorang individu qada solat.

Keberkatan rumah tangga bermula dengan menjaga solat.

Solat pada waktunya dan dilarang melewatkan solat fardhu.

Kita pergi dahulu kepada asas ibadah solat fardhu wajib iaitu perlu ditunaikan dalam waktunya sebagaimana telah ditentukan oleh syarak.

Sumber: Instagram @ustazahasmaharun