berita

Jangan #JelesEk, Toppen Shopping Center Akan Dibuka 13 November Ni. Tak Sabarnya!

November 12th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Mana orang Johor? Ada orang Johor tak kat sini? Kami ni ada benda nak share dengan korang khususnya yang duduk kat Johor Bahru tu.

Haa.. Tak lama lagi korang akan dapat satu lagi pusat beli-belah baru tau. Paling best, pusat beli-belah ni terletak betul-betul sebelah IKEA Tebrau dan mempunyai konsep Skandinavia dengan sentuhan tempatan. Macam menarik je!

Jangan #JelesEk, Toppen Shopping Centre nak buka kat JB!

Eah apa jeles-jeles ni, apa yang menarik sangat dengan Toppen Shopping Centre ni?

Haa.. Ni kami nak bagitau korang tentang satu pusat beli-belah baru di Johor Bahru iaitu Toppen Shopping Centre. Walaupun akan dibuka pada 13 November 2019. ramai dah start usha mall ni tau!

Nak tau kenapa? Sebabnya, Toppen Shopping Centre ni merupakan pusat membeli-belah pertama seumpamanya yang menjadikan kawasan berbumbung terbuka sebagai tarikan utama.

Antara tarikan yang disediakan ialah piazza, taman komuniti, kawasan permainan, pawagam, tempat makan dan zon aktif yang terdiri daripada taman parkour, zon skateboarding dan banyak lagi!

Mana lagi shopping center yang menjadikan open space berbumbung sebagai tarikan? Cuba bagitau kat kami.

Jom meriahkan #JelesEk Fest, 13 November-2 Disember 2019!

Sempena pembukaan rasminya nanti, Toppen Shoppen Centre nak ajak korang beramai-ramai memeriahkan #JelesEk Fest yang akan diadakan antara 13 November sehingga 2 Disember 2019. Ada banyak aktiviti dan persembahan daripada artis terkenal tau!

Paling dinanti mestilah konsert #JelesEk Fest yang akan diadakan pada 16 November 2019, antara yang akan membuat persembahan ialah penyanyi lagu #JelesEk, Joe Flizzow dan Joyce, Ryot Jones, DJ Ara Byrd, persembahan stand up komedi daripada Papi Zak dan banyak lagi yang menanti korang. Mesti havoc punyalah!

Selain itu, sepanjang 13 November sehingga 2 Disember 2019 akan berlangsung pelbagai aktiviti menarik untuk korang di sekitar kawasan Toppen Shopping Centre, antara ialah:

The Topp Amazing Race – Aktiviti mewarna interaktif di mana kanak-kanak pasti tertarik dengan aktiviti ni kerana mereka dapat saksikan hasil seni mereka “hidup” melalui skrin LED. Mereka juga boleh mencabar rakan-rakan pada perlumbaan di sekitar top spot di Johor Bahru.

VR game – Nikmati permainan VR yang menarik

Shop & Spend – Berbelanja minimum RM200 dan korang layak untuk sertai cabutan bertuah serta berpeluang merebut hadiah bernilai sehingga RM 100,000

Topp Junior Driving School – Litar kereta elektronik dan push bikes untuk kanak-kanak

Playbus Interactive Game Area – Berinteraksi dan bermain dengan life size mock up bus #JelesEk.

Roaming Circus Performances – Juggling unicyclists, persembahan silap mata, pesta sarkas dan pertunjukan belon.

Yoga bersama Atilia Haron – Sesi yoga untuk kanak-kanak dan keluarga, aktiviti zumba serta banyak lagi!

Banyaknya aktiviti best, rugi kalau tak join tau!

Ada TikTok? Jom join #JelesEkTikTokChallenge!

Bagi menghangatkan lagi pembukaan Toppen Shopping Centre, mereka nak challenge korang untuk sertai #JelesEkTikTokChallenge. Banyak hadiah menarik yang menanti korang tau! Tapi,  korang mesti ada akaun TikTok dulu! Dah ada akaun TikTok, korang ikut je langkah mudah ni.

  1. Cari lagu #JelesEk di aplikasi TikTok
  2. Buat gaya paling kreatif menggunakan latar belakang lagu #JelesEk
  3. Muat naik video korang di aplikasi TikTok dan jangan lupa letak #JelesEk okay!

Kalau korang nak tau, Toppen Shopping Centre ni bakal jadi ‘Tiktokable Mall’ sebab di setiap aras akan ada ruang untuk korang ber”TikTok”. Makin seronok la nak buat video TikTok lepas ni!

Semua ni dan banyak lagi hanya di Toppen Shopping Centre!

Bagi menjanjikan keriangan tanpa batasan, Toppen Shopping Centre menyediakan lebih banyak hiburan untuk korang hanya di satu tempat. Lepas ni nak shopping, lepak atau berhibur semuanya korang boleh buat kat Toppen Shopping Centre je!

Antara yang menarik pastinya pusat karaoke (Mini Studio), panggung wayang TGV yang menawarkan Flexound Hall (panggung yang dilengkapi teknologi bunyi yang dibina dalam kerusi), pusat permainan hiburan dengan aktiviti interaktif (Cobay) dan e-sport arena(Pantheon). Amacam, ons tak korang?

Korang yang lain jangan #JelesEk? Korang yang duduk Johor Bahru dan kawasan sekitar tu, jangan lepaskan peluang untuk explore pusat beli-belah ni sebab banyak lagi yang menarik menanti korang hanya di Toppen Shopping Centre!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×