berita

Jangan Kacau Bila Isteri Tertidur Selepas Naik Kereta, Beri Mereka ‘Rehat’

August 27th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kalau korang perasan, para ibu mahupun isteri korang asyik terlena sebaik sahaja kereta bergerak, betul tak? Pasti korang geram kan memandu secara bersendirian jika berhadapan dengan situasi sebegini. Tapi tahukah korang bahawa masa tersebut merupakan masa yang paling ideal untuk berehat.

Menerusi Facebook Farhad Hassan, lelaki ini berkongsi kenapa wanita sering tertidur semasa kenderaan sedang bergerak. Lepas ni, para suami dan anak-anak kena faham ya!

Fikiran lelaki dan perempuan tidak sama

Sekadar gambar hiasan

Tidur sama serentak, sama 8 jam, sama sedar 16 jam, tapi kalau naik kereta, sekejap je mesti wife tertidur. Tak de pun nak teman husband drive ke apa. Tuan-tuan, fikiran lelaki tak sama dengan fikiran perempuan. Kita lelaki, tengah2 drive tu pun boleh jadi blank. Kosong. Tahu-tahu saja dah sampai destinasi. Badan jadi auto pilot. Kalau boleh masuk kotak fikiran dalam tu, macam 1 dewan yang besar dan kosong. Jerit hello pun boleh bergema-gema.Fikiran perempuan lain.

Sebelum naik kereta, dia fikir suis seterika dah tutup ke belum? Seterika untuk baju. Baju kotor dah basuh ke belum. Nak basuh guna air. Paip air dah tutup ke belum. Bil air dan elektrik naik nanti. Nak bayar bil kena pakai duit. Duit kena cari. Mana nak cari duit. Kalau tak ada duit, macam mana nak makan. Nak makan kena minum. Minum apa sedap? Bubble tea sedap kot. Nak bubble tea apa eh? Makan apa sedap dengan bubble tea? Macam tu lah fikiran nya.

Bagi bantal dia peluk

Non stop dan sering berkait, umpama wayar yang bercantum tapi terikat sana sini. Tapi bila keadaan dia “terkepit” tak boleh buat apa duduk dalam kereta. Waktu tu lah otak mula bagi signal untuk slow down. Rest. Dengan sejuk aircond, gegar2 kereta mcm massage chair, tak boleh buat apa2 kecuali duduk. Waktu tu lah yang sebenar2 nya wife sedang berehat. Memang tak fikir apa-apa. Wayar-wayar tadi mula terpisah, keadaan jadi tenang.

Berapa jam sangat. Jangan lah dikacau dia berehat. Kalau boleh bagi kusyen, bantal biar dia peluk. Nanti dah sampai destinasi, otak dia kembali bekerja. Apalah sangat drive sorang-sorang tu. Nanti dah bangun dia juga yang fikirkan makan minum kita, hal urusan kita. Waktu dia tidur la kita bantai lagu2 Metallica, A7X, Trivium yang keras tu, tapi volume slow lah. Tapi jangan salah sangka, walaupun diaorg tidur, sensor vibration dia tetap on. Ko tekan sikit 120km/j, nanti akan kedengaran suara sayu2. “Bangggggggg, slow skit bangggg, bahaya laju2” Macam tahu pula dah lebih had laju 110km/j mamai2 pun.

Lebih kurang aku juga ni

Rata-rata netizen terutamanya kaum wanita bersetuju dengan pendapat Farhad mengenai sebab mereka sering tertidur di dalam kenderaan.

Sumber: Farhad Hassan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×