berita

‘Jangan Kacau Mereka’ – Tak Setuju Atlet Terengganu Kena Tutup Aurat, Syed Saddiq Dikritik

November 26th, 2018 | by faris
Kini Trending

Pemain-pemain di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula musim depan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar itu bagaimanapun hanya melibatkan pemain Muslim sahaja.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju mengenai hal ini menerusi Instagramnya.

Tolong hormat

https://www.instagram.com/p/BqpGuJ6FFT8/

Syed Saddiq membuat kenyataan tidak bersetuju dengan dasar itu dan mengatakan pilihan atlet sepatutnya dihormati kerana mereka adalah hero dan heroin.

Tolong hormat pilihan hero dan heroin kita. Jangan kacau mereka! Sukan adalah untuk semua dan atlet kita adalah hero dan heroin. Saya rasa perlu untuk mempertahankan mereka kerana mereka adalah aset negara. Ini membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, terjun, renang dan bina badan akan turut terjejas.

Menurutnya lagi, ramai atlet yang sudah menyumbangkan pingat untuk negara dan memberi inspirasi kepada semua termasuk dirinya.

Ramai atlet Muslim yang telah menyumbangkan pingat kepada negara antaranya Farah Ann Hadi (gimnastik), Nur Dhabitah Sabri (terjun) dan Sazali Samad (bina badan). Mereka bukan hanya penyumbang pingat tetapi turut memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan saya sendiri.

Tetap pertahankan atlet

Tegas menteri muda ini lagi, Pocket-Rocket Man, Azizul Hasni Awang juga berasal dari negeri itu dan berjaya di peringkat dunia. Syed Saddiq juga  mempertahankan atlet dan menyokong pilihan pakaian mereka.

Hero kita, Azizul Hasni Awang yang juga atlet berbasikal terbaik dan diberi pengiktirafan antarabangsa juga berasal dari Terengganu, walau apa pun pilihan pakaiannya.

Saya akan mempertahankan mereka tanpa mempedulikan apa yang dipakai. Tolong jangan kacau mereka!

Pendirian dikritik netizen

Kenyataan Syed Saddiq itu rata-rata tidak dipersetujui dan dikritik netizen di ruangan komen. Mereka berpendapat tuntutan menutup aurat adalah penting dan tidak sepatutnya ditentang.

Rujuk ustaz, mufti sebelum buat kenyataan

I will not support you YB

Berat nanang YB kita ni

Jangan buat perubahan mendadak

Sumber: Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×