berita

‘Jangan Kedekut Dengan Isteri, Isteri Pun Antara Pintu Rezeki Terbuka Luas’ – Siti Sarah

October 29th, 2019 | by Azizi Rahman
Lensa Insta

Pasangan penyanyi dan pelawak tanah air, Siti Sarah dan Shuib sering memuat naik rutin harian masing-masing untuk dikongsikan bersama para pengikut mereka di laman Instagram.

Terbaru, Siti Sarah telah memuat naik satu video bersama kapsyen yang sangat menarik megenai tips buat pasangan suami isteri supaya dilimpahkan rezeki. Bagi Sarah, para suami tidak sepatutnya bersikap kedekut terutama kepada ibunya sendiri dan memperbanyakkan sedekah jariah.

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yg tak pernah kami duga Alhamdulillah. Antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah suami kene bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu! Ibu yg melahirkan awak.  Kalau bagi sejuta sebulan pun belum cukup untuk bayar balik sewa yang awak pernah duduk dalam perut ibu.

Jangan kedekut dengan isteri. Isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas. Tapi isteri pon jangan lah ambil kesempatan pada suami. Isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan.

Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi. Ada seringgit kita belanja seringgit sama-sama ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama-sama. isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua. Tampa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak. Jaganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu.

Salut dekat Sarah

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Siti Sarah mengenai peranan suami isteri dalam mencari rezeki yang halal. Keberkatan rezeki itu datang dari Allah SWT.

Dapat redha dari Allah

Sumber: Siti Sarah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×