berita

‘Jangan Keruhkan Keadaan, Ia Sama Sekali Bukan Tangkap Basah’ – Ruhainies

March 11th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon Ruhainies menegaskan bahawa kontroversi membababitkan dirinya dan penyanyi, Aliff Aziz bukanlah disebabkan isu ‘tangkap basah’ seperti didakwa ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Tak Cari Lelaki Kaya, Pentingkan Sikap Bertanggungjawab

‘Bukan tangkap basah’

Menerusi satu hantaran di IG Story, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas meluahkan rasa kesal terhadap satu portal hiburan tempatan yang menggunakan tajuk, ‘Masih Tiada Penjelasan Lanjut, Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Basah’.

Ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam ‘content’ supaya tidak menimbulkan spekulasi lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan keadaan.

Ia sama sekali ‘bukan tangkap basah’. Sehingga kini, saya masih belum berikan apa-apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan dalam media bukanlah kenyataan daripada saya dan tidak tepat.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Risteena itu juga berharap agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengelirukan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Ruhainies juga meminta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menaburkan fitnah sebaliknya menunggu kenyataan rasmi daripadanya.

Saya mohon media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi.

Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab.

Sumber: Instagram Ruhainies

SKIP THIS AD ×