berita

‘Jangan Kita Salah Faham’ – Dr Maza & PU Syed Jelas Senario Sebenar Zakat Untuk LGBT

September 6th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, sebuah laporan dari Buletin Utama berkaitan wang zakat yang dikatakan layak untuk golongan LGBT telah mengundang ketidakpuasan hati netizen. Petikan dari laporan tersebut telah menyenaraikan 10 golongan songsang layak terima zakat.

Artikel berkaitan: Kenapa LGBT Boleh Terima Zakat? Ini Respon Mufti Selangor

Walaubagaimanapun, Prof. Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) dan PU Syed mempunyai pandangan peribadi masing-masing. Pandangan dari mereka ini jelas menggambarkan bahawa berita tersebut adalah kurang jelas.

Berita tidak jelas

ZAKAT UNTUK LGBT?

Ramai yang bertanya saya pasal zakat di Selangor untuk golongan LGBT. Saya percaya bukan pihak Zakat Selangor mahu beri zakat kepada golongan-golongan tersebut atas sebab keterlibatan dengan LGBT atau seumpamanya. Sebaliknya, untuk membebaskan mereka dari belenggu LGBT dan cengkaman dosa yang lain. Sebab itulah diletakkan di bawah al-Riqab yang asalnya pembebasan diri dari perhambaan.

Tindakan Zakat Selangor Itu satu usaha yang baik. Bahkan jika diletakkan di bawah dakwah fi sabilillah juga boleh. Jangan kita salah faham.

Berita tersebut tidak jelas. Walaupun itu isu di Negeri Selangor, saya percaya saya wajar membantu mereka dari disalahfahami oleh sesetengah pihak.

Jangan terus kecam

Kena jelas jangan terus kecam yer.. untuk makluman berita yg sedang viral ni..adalah
Rentetan dari fatwa selangor pada tahun 2012, penyerahan bukan bagi direct kepada 10 golongan tu tapi kepada pihak lain ngo etc utk membasmi 10 golongan tersebut..

Sumber: Dr Maza, PU Syed

SKIP THIS AD ×