berita

‘Jangan Kutip Sabuh Jatuh’ – Alif Satar Beri Peringatan Kepada Bapa Aina Nabihah

February 13th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Satu Malaysia geram dan marah dengan kematian Nur Aina Nabihah, 9 tahun yang dipercayai didera ayah kandungnya sendiri. Sebelum ini media melaporkan buah pinggang rosak, usus terkoyak dan patah tulang rusuk antara punca kematian kanak-kanak perempuan itu.

Turut meluahkan rasa marah dan terkilan adalah penyanyi yang juga bapa muda kepada 2 anak, Alif Satar. Mana tidaknya, kanak-kanak seusia itu sepatutnya dibelai dengan penuh kasih sayang dan bukan diperlakukan sedemikian rupa.

Luah marah di IG story

Media sebelum ini mengaburkan muka tertuduh sebelum didedahkan pada Isnin lalu ketika keluar mahkamah untuk perbicaraan. Dengan sinis, Alif mengucapkan ‘selamat’ di dalam penjara untuk tertuduh.

Paling best, Alif turut menitipkan pesanan kepada lelaki berkenaan supaya tidak mengambil sabun jika terjatuh di dalam penjara.

Pesanan berkenaan biasanya dibuat kepada banduan yang menjatuhkan sabun di dalam bilik air penjara. Dia kemudiannya akan dipaksa menunduk untuk mengambil sabun dan akan diliwat oleh banduan lain. Banduan melibatkan jenayah kanak-kanak dikhabarkan paling dibenci dan akan menerima hukuman ‘tambahan’ di dalam sana.

 

Tertuduh, Mohammad Abdullah Mohamed, 35, didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Jalan Vista Jaya 5, Taman Vista Jaya, Lukut, antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 31 Januari lalu.

Pertuduhan itu dibuat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh terhadap tuduhan itu di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Nur Aina turut dipercayai diseksa seperti komando dengan dipaksa melakukan tekan tubi, sit up dan ketuk ketampi selain dipukul, ditendang dan dipijak oleh bapa kandungnya. Turut dirampas di rumah mereka adalah kerusi plastik dan tali pinggang yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa.

Sumber: Alif Satar , Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×