Seorang individu yang dikenali sebagai Fareeda Faheema mendakwa bahawa bapanya merupakan salah seorang mangsa yang terlibat dalam urusan pembelian tanah yang dikaitkan dengan usahawan Datuk Red di Hulu Langat, Selangor.

Artikel Berkaitan: Datuk Red Sah Bergelar Suami Kepada Usahawan Rohanita

Artikel Berkaitan: Mahu Tamatkan Kemelut, Datuk Red Tarik Balik Kes Pengesahan Rujuk Terhadap Adira

Hutang RM48K

Menerusi satu ciapan di Threads, Fareeda mendedahkan bahawa Datuk Red mempunyai hutang berjumlah lebih RM48,000 terhadap bapanya berkaitan pembelian tanah tersebut.

Jangan lupa bayar hutang ayah saya.

Jumlah lebih kurang RM48,000 ayah saya beli tanah di Hulu Langat.

Dakwa Fareeda, ramai dalam kalangan warga emas berusia antara 70 tahun hingga 80 tahun dipercayai terpedaya dengan urusan jual beli tanah berkenaan.

Ramai yang kena tipu dengan dia.

Kesian, range umur 70 tahun hingga 80 tahun yang beli, termasuk ayah saya.

Wanita terbabit tampil menuntut keadilan ayahnya menerusi satu hantaran berita mengenai perkahwinan Datuk Red bersama usahawan, Rohanita pada Sabtu lalu.

Sumber: Threads