Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dikecam netizen selepas memuat naik sebuah hantaran peringatan kepada rakyat Malaysia yang sudah dibenarkan bergerak merentas negeri serta pulang ke kampung masing-masing.
Saudara Palestin 73 tahun tak balik kampung
Menerusi laman Twitter miliknya, Nadir mengingatkan untuk tidak melupakan penduduk Palestin yang sudah 73 tahun ‘tak balik kampung’ kerana diserang kumpulan mafia Zionis.
Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-ratanya kurang senang dengan ciapan Nadir yang telah ‘spoil’ mood rakyat Malaysia untuk balik bertemu dengan keluarga sejak ‘dikurung’ susulan wabak Covid-19.
@fatinanuar: En Nadir, kami tak sangkal jasa murni encik dekat sana. Tapi itula pilihan yang dah dipilih. Kami tak boleh bersedih melebih hanya sebab Palestin ditindas, sebab kami pun ada hidup dan masalah sendiri. Wajib fokus diri sendiri dulu. Mungkin boleh phrase kan balik ayat supaya dua-dua pihak dirai.
@hariridin: Perjalanan ke balik kampung bertukar menjadi perjalanan rasa bersalah dengan cepat.
@Aiman_rzk: Dia sama macam awak tengah bersila nak makan tiba-tiba ada orang acah savage suruh awak ingat saudara kat Afrika yang takda makanan.
@safiyyakamal: Berhenti buat orang rasa bersalah. Saya tahu anda bermaksud baik tetapi bukan ini jalannya . Hanya disebabkan seseorang menderita tidak bermaksud kita semua perlu juga.
Suruh jangan lupakan pun sakit hati
Bagaimanapun, Nadir menerusi satu komen menyatakan sekiranya dia berada di Malaysia, dia juga akan pulang ke kampung halaman. Tegasnya, dia hanya meminta untuk berdoa kepada saudara yang tidak dapat mengecapi kegembiraan seperti orang lain.
Pelik manusia ni. Suruh jangan lupakan saudara kita pun sakit hati. Kalau saya pun di Malaysia saya balik kampung, bukannya buat benda dosa pun. Tapi sambil-sambil berseronok dan bersyukur, doakan sepatah untuk Palestin. Itulah selemah iman.
Sumber: Twitter @NadirAlNuri