berita

‘Jangan Main Dengan Kuasa Twitter’ – Lelaki Ini Terpaksa Botakkan Kepala Dek Cabaran 20K Retweet

April 7th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Angkara ‘mencabar’ kuasa Twitter akhirnya lelaki berambut panjang ini terpaksa membotakkan kepalanya apabila foto dan kapsyen yang dimuat naik itu mendapat lebih 20ribu retweet. Apa yang lebih menariknya, dia akan mendermakan rambutnya itu kepada Pusat Kanser Negara buat mereka yang lebih memerlukan.

20k retweet aku botak licin

Goodbye duhai rambutku

Mana yang kata aku sembang tadi?

Bukti aku botak

Am yang menyimpan rambut panjangnya itu setelah hampir dua tahun dan berasa agak sedikit janggal dengan imej botak. Setelah dua hari dia menunaikan permintaan netizen itu, rata-rata mencadangkan rambut itu didermakan kepada orang lain.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk diserahkan ke Pusat Kanser Negara di mana ada pesakit yang lebih memerlukan rambut itu.

Sumber: amlegand77

The following two tabs change content below.