Hantaran yang dimuat naik oleh anak kepada ahli perniagaan terkenal Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim di Instagram miliknya telah menyorot perhatian.

Artikel Berkaitan: ‘Kesakitan Yang Berparut Hingga Hujung Nyawa’ – Anak Arwah Pengasas Dnars Luah Rasa Rindu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ada Orang Tak Puas Hati Dengan Perniagaan’ – Anak Arwah Pengasas Dnars Dakwa Disihir Selepas Kematian Ibu

Bukan hak

Menerusi perkongsian tersebut, Irdina memuat naik foto potongan akhbar yang bertajuk ‘Suami Pengasas Dnars Diperintah Pulangkan Semula Wang Tunai Milik Arwah Isteri RM1.3 Juta.’

Selain itu, Irdina juga berkongsi foto dirinya bersama arwah ibu serta gambar seutas gelang tangan dan sebentuk cincin.

Masa berlalu dan Allah tak pernah tidur.

Apa yang ditakdirkan untuk mu maka tetap untuk mu. Apa yang tidak harus kau ikhlaskan, kembalikan.

Jangan makan harta yang bukan hak kita jika tidak ia menjerat diri sendiri. Tetapi ini bukan tentang harta, ini tentang hak dan adil.

Lebih banyak kehadapan, saya dan adik beradik serahkan kepada yang lebih arif.

Perintah mahkamah

Foto: Berita Harian

Terdahulu, Harian Metro melaporkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Ahmad Shah Rizal, 48, diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk mendepositkan semula wang tunai milik arwah isteri ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka wanita itu.

Akaun pentadbir bersama turut dimiliki oleh anak sulung arwah Faziani, iaitu Aqbar Hakim Jasman, 25, dan wang tersebut perlu dimasukkan dalam tempoh 30 hari.

Difahamkan Ahmad Shah Rizal pernah memfailkan tuntutan harta sepencarian dan salah satunya adalah wang tunai RM1.3 juta yang berada di dalam peti besi sebelum diambil olehnya.

Imbas kembali, Allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suami cedera.

Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.

Sumber: IG Irdina Hakim, Harian Metro