
Bekas pembaca berita, Izwan Azir Saleh, berkongsi pengalaman apabila siaran lintas langsung pertamanya di lokasi pernah diputuskan ketika bersiaran secara langsung.
Artikel Berkaitan: ‘Cukup-Cukuplah Cerita Sampah Vida & Iqbal’ – Izwan Azir Saleh
Artikel Berkaitan: ‘Tergamam Bila Perbuatan Curang Yang Terang-Terang Berdosa Ini Diakui Begitu Saja’ – Izwan Azir
Talian diputuskan
Menerusi satu perkongsian di Threads, Izwan mengakui sewaktu itu dia terlalu teruja ketika menyampaikan laporan berkenaan.
Namun, kerana laporan itu terlalu panjang, pihak bilik berita di studio terpaksa memutuskan talian secara tiba-tiba.
Kali pertama saya membuat lintas langsung (cross-over) secara siaran langsung, saya punya melalut dengan berpantun dan menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dalam penyampaian berita itu.
Tengah syok sampaikan laporan, tiba-tiba terdengar penyampai berita di studio berkata, “Mohon maaf, kami terpaksa menghentikan lintas langsung bersama wartawan di lokasi.”
Rupa-rupanya talian saya diputuskan begitu sahaja.
Terima teguran sebaiknya
Selain itu, Izwan menegaskan supaya tidak mudah melenting apabila ditegur, sebaliknya menerima teguran itu sebagai pengajaran.
Jadi, bersyukurlah bila ada yang mencuit bahu sebagai isyarat supaya kita mengawal masa ketika bersiaran secara langsung.
Jangan marah.
Itu jauh lebih baik daripada tiba-tiba pihak studio terus potong siaran dan mainkan iklan.
Nanti bacaan doa entah ke mana, ‘amin’ pun tidak sempat disebut.
Teruskan berusaha.
Sumber: Threads Izwan Azir Saleh