berita

‘Jangan Menidakkan Kaum Adam Sebagai Ketuamu’ – Sharnaaz Ahmad

March 10th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noor Nabila sejak kebelakangan ini telah mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen. Rata-rata menyifatkan rumah tangga mereka masih bergolak ekoran posting dan luahan perasaan di Instagram pasangan ini.

Menerusi nota yang ditinggalkan Sharnaaz Ahmad bersempena Hari Wanita ini menimbulkan spekulasi mengenai kisah rumah tangganya. Bagaimanapun, nota pesanan ringkas dari pelakon ini ditujukan kepada umum terutamanya kaum wanita dan lelaki dalam berumah tangga.

Tanpa anda dunia ini tiada tangisan bayi

Menerusi nota yang ditinggalkan Sharnaaz Ahmad bersempena Hari Wanita Sedunia ini dia meninggalkan pesanan ringkas dan ingatan buat semua kaum Hawa. Bagaimanapun, nota pesanan ringkas dari pelakon ini ditujukan kepada umum terutamanya mereka yang telah mendirikan rumah tangga.

Nota buat wanita sempena hari wanita. Anda adalah wanita yang hebat disanjungi, berkerjaya, hebat, jelita dan tidak disangkal lagi mampu mengoncang dunia.

Kehebatan anda tiada tolok bandingnya. Anda adalah ibu dan isteri kami kaum Adam. Tanpa anda dunia ini tiada tangisan sang bayi menyambung cerita.

Anda mampu bina hidup anda sendiri. Namun, janganlah anda lupa bahawa kewujudan Hawa dimuka bumi ini adalah untuk saling memerlukan kaum Adam.

Kita saling memerlukan di dunia ini

Jangan sesekali menidakkan kaum Adam sebagai ketuamu, jika sekali anda beragama Islam terimalah nota ini.

Kita saling memerlukan di dunia ini, jika kaum Hawa cuba menindas dan menindakkan kaum Adam, sesungguhnya anda tau apa yang akan terjadi kelak. Jika anda Islam terima, jika bukan abaikan.

Pesanan Sharnaaz untuk semua wanita ini adalah bagi saling mengingati satu sama lain sebagai manusia dan tanggungjawab masing-masing di muka bumi ini.

Sekali ku berpijak, ku tahan kesetiaan walau hilang nyawa. Tapi sekali aku melangkah, cilaka jasad tak mungkin aku berpaling…

Sumber: Sharnaaz Ahmad