Sebelum ini kecoh di media sosial apabila beberapa golongan artis seperti Black Hanifah, Tomok dan Shuib yang meluahkan pandangan impak terhadap penggiat seni tanah air apabila berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan mereka kerana golongan artis sering kali menunjuk gaya hidup yang mewah dan tidak memerlukan bantuan pihak kerajaan.
Walaupun dikecam teruk, Black Hanifah masih terus ingin membantu golongan yang terkesan ekoran perintah PKP ini. Salah satu cara Black membantu ialah dengan tidak mengambil sewa bulan April bagi beberapa penyewa rumah miliknya. Dia mengambil inisiatif ini untuk meringankan beban penyewa-penyewanya.
Tak ambil sewa bulan April
https://www.instagram.com/p/B-RArBXlgLZ/
Dia turut mengatakan bahawa pendapatnya sebelum ini disalah tafsir netizen. Dia masih berjuang untuk penggiat seni bagi mendapat hak masing-masing. Inisiatif tidak mengambil sewa daripada penyewa rumah miliknya ini hanyalah sebahagaian dari bantuan yang dia mampu berikan. Dia turut berharap agak netizen tidak mengatakan bahwa dia seorang yang menunjuk tetapi melihat dari sudut positif di mana dia membantu golongan yang terkesan dari perintah PKP ini.
Sumber: Black Hanifah