Ha.. bagi yang ketinggalan dan terpinga-pinga apakah isu sebenar yang terjadi di antara Nora Danish dan Hotel Lego, jangan rasa blur dulu sebab anda boleh dapatkan story penuh dengan klik di bawah ni. Hehe. Maka, buat yang lain pula, jom kita sambung story selanjutnya.
Artikel Berkaitan: Bodoh! Lego Hotel Adalah Hotel Paling Bahaya & Paling Teruk Pernah Saya Pergi – Nora Danish
Nak tahu tak? Selepas kes Nora Danish mengamuk di Instagram kerana tidak puas hati dengan pihak pengurusan Hotel Lego, ada pula isu lain yang berbangkit.
Ceritanya begini, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah cuba memutar belitkan kenyataan Nora Danish dan mendakwa bahawa pelakon itu secara tidak langsung telah mewujudkan sentimen kebencian kepada penduduk negeri Johor. Ha? Seriously?
Nah..ini penjelasan Nora Danish
Mungkin isu ini timbul apabila netizens mula bertelagah mempertahankan pendapat masing-masing sehingga menimbulkan isu-isu sensitif sedemikian.
Malah, foto yang dimuat naik oleh Nora Danish pada petang semalam itu juga menegaskan bahawa kenyataannya itu ditujukan khusus buat pengurusan Hotel Lego sahaja, bukan taman permainan Lego Land.
Ha.. agaknya ada tak para pembaca OHBULAN! yang turut sama tersalah faham dengan statement Nora Danish tu? Apapun, diharapkan agar isu ini dapat diselesaikan secara baik.
Yelah kan, kesannya nanti akan terkena pada industri pelancongan Malaysia juga. Bak kata pepatah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri’. Cewaahh!
Kredit foto: Instagram Nora Danish