Tiada angin tiada ribut pelakon cantik, Tiz Zaqyah menerusi satu ciapan di Twitter dikatakan marah dengan individu yang berlagak pandai. Kenapa pula ni?
Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah ‘Nasihat’ Kawan-Kawan Tak Ambil Vaksin – ‘Ego, Bongkak. Semua Orang Dah Vaksin Kamu Je Belum’
‘Aku ini bukan anak kau’
Menerusi ciapan tersebut pelakon Nur Kasih ini dikatakan annoyed dengan perangai individu berkenaan dan sempat menjelaskan apa yang dilakukan olehnya adalah memalukan.
Bukan itu sahaja, individu berkenaan yang dipercayai mempunyai pangkat serta tidak menghormatinya dan melayannya seperti kanak-kanak. Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan Tiz dilihat sempat memerli individu berkenaan.
‘Nak aku ajarkan ke?’
Mengulas lebih lanjut, Tiz menjelaskan dia sudah ‘lali’ dengan perangai orang ramai dan sempat menawarkan diri untuk mengajar individu berkenaan.
Difahamkan ciapan tersebut dikirim semalam (5 Februari 2022) dan ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan ‘mesej’ tersebut disampaikan kepada siapa.
Sumber: Tiz Zaqyah